34.6 C
Kuala Lumpur
Friday, May 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Jojo Ghazali Terima Lima Jahitan Selepas Perlawanan ONE Championship – ‘Ini Perkara Biasa Dalam Sukan Muay Thai’

    Shopee Sale



    Peninju Muay Thai negara, Johan Ghazali atau lebih dikenali dengan panggilan Jojo berkongsi keadaan terkininya selepas perlawanan menentang jaguh dari Colombia, Johan Estupinan.

    Terima lima jahitan

    " data-video-id="7464034366604201236">
    @johanghazali ???? #johanghazali #fyp ? original sound – JohanGhazaliMuaythai

    Menerusi perkongsian di TikTok, Jojo memaklumkan dia telah menerima sebanyak lima jahitan di bahagian kening namun, tidak mengalami kecederaan serius.

    Ujar Jojo, kecederaan yang dialaminya itu merupakan satu perkara biasa yang berlaku dalam sukan Muay Thai.

    Asssalamualaikum semua, Jojo nak ‘update’ Alhamdulillah, tiada kecederaan yang teruk dan serius.

    Cuma saya kena lima jahitan dan itu adalah perkara normal dalam sukan Muay Thai ini.

    Akan bangkit

    Di akhir perkongsian, anak muda berusia 18 tahun ini menitipkan ucapan terima kasih buat para peminat yang menyokongnya dan berjanji akan melakukan yang terbaik pada perlawanan akan datang.

    Saya nak ucap terima kasih buat semua penyokong dan peminat, insya-Allah saya akan buat yang terbaik lagi di masa akan datang.

    Bila jatuh, kita bangkit balik. Selagi Jojo masih boleh ‘fight’, Jojo akan ‘fight’.

    Terdahulu, Jojo terpaksa akur dengan kekalahan kepada jaguh Colombia, Johan Estupinan dalam satu perlawanan di ONE Championship yang bertempat di Impact Arena, Bangkok, Thailand pada Jumaat.

    MENARIK:  [VIDEO] Uqasha Senrose Sebak Anak Sudah Berani Berdiri – ‘Dulu Dia Selalu Takut’


    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah