26.9 C
Kuala Lumpur
Friday, August 28, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Jimin BTS & Song Da Eun Didakwa Bercinta? Rakaman Di Apartmen Cetus Spekulasi Peminat

    Dalam hantaran terbaharunya di TikTok story, Song Da Eun merakam dirinya keluar dari apartmen sebelum bergegas menuju ke lif. 

    Lebih mengejutkan apabila pintu lif terbuka, seorang lelaki yang mirip Jimin iaitu ahli kumpulan BTS dilihat berada di dalamnya dan kelihatan terkejut melihat kemunculan aktres itu.

    Kedua-duanya dilihat berbual seketika sebelum menuju ke apartmen tersebut.

    Pendedahan ini mencetuskan perdebatan hangat dalam kalangan peminat K-pop, yang tertanya-tanya adakah benar mereka mempunyai hubungan romantis atau sekadar rakan industri.

    Pada 2024, Da Eun pernah terpalit dengan khabar angin percintaan bersama Jimin.

    Ketika itu, dia turut menerima kritikan hebat berhubung hantaran media sosialnya yang didakwa memberi bayangan bahawa dirinya mempunyai hubungan istimewa dengan Jimin.

    Malah, namanya juga pernah dikaitkan dengan skandal kelab malam Burning Sun, sekali gus menimbulkan keraguan dalam kalangan peminat terhadap reputasinya.

    Ramai peminat BTS ketika itu menuduh Da Eun hanya menumpang populariti (clout chasing) dengan mendakwa hubungannya dengan Jimin.

    Sumber: Koreaboo, TikTok

    The post [VIDEO] Jimin BTS & Song Da Eun Didakwa Bercinta? Rakaman Di Apartmen Cetus Spekulasi Peminat first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah