Seorang individu titip pesanan buat orang ramai agar meletakkan gaji yang selayaknya dengan keadaan ekonomi kini.
Artikel Berkaitan: Individu ‘Burnout’ Kerja Di Singapura, Pilih Kuala Lumpur Untuk Tenang – ‘Saya Raih RM347,000 Setahun Tapi…’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Pekerja Warga Asing Dah Kerja Malaysia 20 Tahun, Gaji Cecah RM5.2k Sebulan – ‘Mula-Mula Datang Sini Gaji RM900’
Letak gaji selayaknya

Sekadar gambar hiasan
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, individu tersebut memaklumkan dirinya baru selesai menjalani sesi temuduga.
Ujarnya, ramai pemegang ijazah kini yang meletakkan gaji rendah demi mendapatkan posisi tetap dalam sebuah syarikat.
Hari ini saya pergi temuduga di sebuah syarikat.
Lepas habis temuduga, penemuduga cakap orang sebelum saya minta gaji RM1,800 saja.
Saya sangat terkejut kenapa pemegang ijazah boleh minta gaji sebegitu. Sebenarnya korang sendiri yang rosakkan pasaran.
Bagi saya, korang boleh mintak RM2,500 ke atas. Bila awak letak gaji rendah, mereka tak pandang kebolehan awak tapi mereka ambil awak sebab murah.
Jangan rendahkan diri
Dalam pada itu, individu tersebut turut mengingatkan agar tidak menormalisasikan gaji rendah dengan tahap pendidikan tinggi.
Tambahnya, sesetengah pihak yang meminta gaji rendah mengganggu sistem pendapatan rata-rata rakyat Malaysia.
Itu adalah persaingan yang sangat tidak sihat sebab kita semua nak gaji yang setara dengan ekonomi sekarang.
Bila ada sesetengah pihak buat begitu dan letak gaji rendah hanya disebabkan awak mahukan kerja itu, awak telah merendahkan diri awak.
Macam mana gaji rakyat Malaysia ini nak tinggi? Kalau kita matikan jalan hanya kerana kita mahu kerja.
Saya harap korang ada keyakinan untuk jual pengalaman awak.
Diri awak itu berharga. Biar orang ambil awak kerja sebab awak layak dan berkebolehan.
Sumber: TikTok @knadrs
The post [VIDEO] Individu Terkilan Pemegang Ijazah Minta Gaji Rendah, Ganggu Sistem Pendapatan Rakyat Malaysia – ‘Korang Sendiri Rosakkan Pasaran’ first appeared on OHBULAN!.




#jobhunt #carikerja #fyppppppppppppppppppppppp 

