
Baru-baru ini, seorang pemuda berkongsi pengalaman berjumpa dengan peniaga makanan, Norshamira Zainal, 37, yang disyaki dibunuh di tepi sungai berhampiran Jambatan Tanjung Lumpur pada Khamis lalu.
Pertembungan dengan Norshamira
Salam takziah atas pemergian arwah Shamira. Semoga seluruh ahli keluarga terus bertabah???
? original sound – userrazzzzzz – userrazzzzzz
Menerusi muat naik di TikTok, individu tersebut memaparkan situasi ketika Norshamira datang kepadanya untuk menjual sambalnya.
Difahamkan, individu tersebut sedang duduk bersama rakannya sambil menikmati angin malam kemudian Norshamira menghampiri mereka untuk mempromosikan sambalnya.
Dalam video itu juga, Norshamira sempat menyatakan dia tidak sabar untuk pulang ke rumah selain memberitahu dia telah membantu mencari seorang kanak-kanak hilang di kawasan tersebut.
Beberapa hari kemudian, rakyat Malaysia digemparkan dengan penemuan mayat di tepi Sungai Kuantan.
Individu tersebut berasa terkejut dengan kejadian itu dan dia turut mengambil peluang mengucapkan takziah kepada keluarga Norshamira.
Salam takziah kepada keluarga arwah Shamirah. Baju je minggu lepas jumpa arwah. Sambal tu memang sedap dan rasa menyesal beli satu je.
Semoga arwah bersama dalam kalangan orang beriman.
Komen netizen

Rata-rata warganet yang menonton video tersebut meluahkan rasa terkilan dan sedih atas kejadian yang menimpa Norshamira.
Sebelum ini, seorang wanita yang juga peniaga makanan ditemui maut disyaki dibunuh di tepi Sungai Kuantan berhampiran Jambatan Tanjung Lumpur pada Khamis.
Difahamkan, seorang lelaki menemukan mayat mangsa sebelum dimaklumkan kepada polis pada hari kejadian.





