Aktivis kemanusiaan, Hazwani Helmi tampil menjelaskan persoalan orang ramai mengenai ketidakhadirannya dan Datin Seri Heliza Helmi ke Gaza bagi menyertai misi kemanusiaan.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Hazwani Helmi Titip Pesanan Untuk Terima Takdir – ‘Kalau Allah Tak Makbul Doa, Maksudnya Dia Menyelamatkan Kita’
Artikel Berkaitan: Zizi Kirana Berangkat Ke Gaza, Kongsi Foto Bersama Yusuf Bahrin – ‘Semoga Genggaman Ini Sampai Ke Syurga Allah’
Misi kemanusian
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Hazwani memaklumkan bahawa mereka terikat dengan komitmen yang tidak dapat dielakkan.
Ramai sahabat-sahabat kami sedang menuju untuk menjalankan misi Global Sumud Flotilla.
Sejujurnya, Allah saja yang tahu, pada 7 Oktober 2023 kami dah hantar passport untuk sertai misi waktu itu.
Kami tak sertai dalam pasukan gelombang pertama ini sebab komitmen yang kami dah tandatangan kontrak sejak setahun yang lalu.
Di mana kita akan menyambut Maulidur Rasul di Mekah dan juga Madinah.
Itu satu hadiah yang sangat besar.
Perjuangan tetap diteruskan

Berkongsi lebih lanjut, Hazwani menegaskan bahawa perjuangan tetap diteruskan walaupun tidak dapat serta bersama di Gaza.
Doalah semoga pasukan pertama ini berjaya. Supaya ada gelombang yang kedua.
Allah akan bagi bukan mengikut pada apa yang kita nak tapi apa yang kita perlu.
Sebenarnya perjuangan kita tetap diteruskan walaupun kita di dalam Malaysia.
Sumber: TikTok @40daystoalive
The post [VIDEO] Hazwani Helmi Perjelas Kenapa ‘The Helmis’ Tak Sertai Misi Di Gaza – ‘Doakan Pasukan Pertama Berjaya’ first appeared on OHBULAN!.





