27.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Hafidz Roshdi Ditemani Athira Yuhada Ke Mahkamah Untuk Kes Dakwaan Mencederakan Bekas Isteri

    Shopee Sale



    Hafidz Roshdi

    Pelakon Hafidz Roshdi tiba di Mahkamah Majistret Kuala Kubu Baru hari ini bagi perbicaraan dakwaan kes memukul bekas isterinya Nurul Shuhada Mat Shukri tahun lalu.

    Ditemani isteri

    Hafidz Roshdi

    Hafidz Roshdi tiba diperkarangan mahkamah kira-kira pada pukul 9 pagi tadi dengan ditemani oleh isterinya Athira Yuhada.

    Ketika ditemui aktor berusia 30 tahun itu hanya memberi respon secara ringkas dengan berharap urusannya pada hari ini dipermudahkan.

    Doakan yang terbaik.

    Turut hadir bersama Hafidz ke mahkamah pagi ini adalah bapa saudaranya.

    Terdahulu, pada sebutan kes 9 Jun tahun lalu Hafidz disahkan waras dan pertuduhan ke atasnya layak untuk dibicarakan selepas pihak pendakwaan mengesahkan laporan perubatan psikiatri aktor itu.

    Hafidz sebelum itu mengaku tidak bersalah dan meminta untuk dibicarakan.

    Pada 2 Mac tahun lalu, Shuhada telah membuat laporan polis selepas mendakwa dia telah ditumbuk oleh Hafidz beberapa kali sehingga menyebabkan kecederaan di bahagian pipi.

    MENARIK:  Didie Alias Nafi Cemburu Anna Jobling Jadi Juri Program Lawak – ‘Apa Guna Ramai Pelakon Komedi Wanita Seperti Rosnah Mat Aris?’

    Pelakon itu didakwa atas pertuduhan mencederakan isterinya (ketika itu) dan dakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Syeksen 326 A kanun yang sama.

    Untuk info, Hafidz dan Shuhada mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah, 7, dan Umar, 3.

    Pasangan itu kemudian disahkan bercerai talak satu pada 27 Julai lalu.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah