25.2 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 2, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Fazura Kagum Kamal Adli Belikan Baju Untuk Uqasha Senrose & Anak – ‘Gentleman Sangat, Saya Respect’

    Shopee Sale

    Pelakon dan usahawan Fazura memuji tindakan aktor, Kamal Adli yang menyediakan baju raya untuk bekas isterinya, Uqasha Senrose serta anak mereka Hawra Uqaira.

    Artikel Berkaitan: ‘Saya Sanggup Bayar’ – Kamal Adli Mengidam Ayam Goreng, Netizen ‘Beratur’ Nak Hantar

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Bapa Mentua Kongsi Momen Kamal Adli & Hawra, Netizen Kagum Dengan Sifat Matang – ‘Jadi Orang Tengah Tidak Melagakan’

    Baju raya Uqasha & anak

    View on Threads

    Menerusi perkongsian pengguna Threads, kelihatan Fazura sedang berada di sebuah premis perniagaan tekstil terkenal iaitu Jakel.

    Pemilik nama Nur Fazura Sharifuddin, 43, itu kemudian meluahkan rasa kagum apabila mengetahui Kamal membeli beberapa pasang baju kurung untuk Uqasha dan Hawra.

    Kamal Adli belikan baju untuk Uqasha dan anaknya.

    Gentleman sangat. Kamal, saya respect sangat dekat awak.

    Komen netizen

    Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet menyifatkan Kamal sebagai seorang lelaki yang bertanggungjawab meskipun dia dan Uqasha telah memilih jalan perpisahan.

    MENARIK:  GXBank Genap 2 Tahun! Ini Data Terbaru Yang Beri Impak Besar & Banyak Bantu Rakyat Malaysia!

    Terdahulu, Kamal dan Uqasha sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada 12 Januari lalu.

    Untuk rekod, Uqasha memfailkan permohonan perceraian terhadap Kamal pada 1 Oktober tahun lalu atas alasan tiada persefahaman.

    Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 4 November 2021 selepas lima bulan bertunang. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Hawra Uqaira, yang dilahirkan pada 27 April 2024.

    Sumber: Threads

    The post [VIDEO] Fazura Kagum Kamal Adli Belikan Baju Untuk Uqasha Senrose & Anak – ‘Gentleman Sangat, Saya Respect’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah