26.4 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Kali Pertama Diceraikan Ketika Saya Hamil Enam’ – Isteri Nubhan Akui Masih Sayangkan Keluarga

    Shopee Sale

    Isteri kepada penyanyi Nubhan iaitu Dr Afifah Hidayah Ahmad Tawfek dakwa dirinya diceraikan kali pertama ketika hamil enam bulan.

    Artikel Berkaitan: Nubhan Nafi Orang Ketiga Punca Keretakan Rumah Tangga, Mohon Henti Buat Spekulasi

    Artikel Berkaitan: ‘Saya Cuma Mengharapkan Doa Yang Terbaik’ – Nubhan

    Masih sayang

    Ketika ditemui , Dr Afifah beranggapan keretakan rumah tangga berpunca daripada salah faham. Ujarnya lanjut, gangguan emosi ketika itu mungkin disebabkan dirinya yang sedang berbadan dua.

    Diceraikan kali pertama ketika mengandung anak pertama di usia kandungan enam bulan.

    Kadang-kadang rumah tangga ini ada pasang surut tapi saya masih sayangkan keluarga saya.

    Berkenaan orang ketiga, mungkin salah faham. Sebab masa kali pertama itu saya sedang mengandung.

    Dr Afifah berkata demikian sejurus selesai prosiding pengesahan lafaz cerai di Mahkamah Rendah Syariah Sepang, Selangor pada Khamis.

    Menjawab mengenai proses perdamaian, Dr Afifah menyerahkan keputusan kepada pihak mahkamah.

    Sebab dia (Nubhan) dah failkan di mahkamah, jadi kita tengok lah apa kata mahkamah nanti.

    Susulan itu, Dr Afifah enggan menggulas lanjut mengenai nafkah Nubhan kepada anak-anak.

    Pada prosiding yang berlangsung itu, Hakim Syarie Tuan Muhamad Nazri Basrawi menetapkan 2 Disember depan sebagai tarikh perbicaraan bagi kes berkenaan.

    MENARIK:  [VIDEO] Zahnita Wilson Dikecam Netizen Gara-Gara Main ‘Roller Blade’ Atas Trek Larian – ‘Patut Tunjuk Contoh Yang Baik’

    Dalam prosiding tersebut, Nubhan selaku plaintif diwakili oleh peguam syarie Mohd Redzuan Ramli, manakala pihak defendan (Dr Afifah) diwakili oleh peguam syarie, Datuk Akberdin Abdul Kadir.

    Sebelum ini, Akberdin memaklumkan Nubhan pernah melafazkan cerai terhadap isterinya pada tahun 2017, namun pasangan itu kembali rujuk dalam tempoh idah.

    Menurut peguam syarie itu, Nubhan memfailkan permohonan pengesahan lafaz cerai di luar mahkamah yang didakwa berlaku dalam sebuah kereta pada 26 Ogos lalu.

    Katanya lagi, perceraian kali ini berlaku secara baik tanpa sebarang konflik besar, sebaliknya berpunca daripada perselisihan faham dalam rumah tangga.

    Difahamkan, sejak kejadian itu pasangan berkenaan tidak lagi tinggal sebumbung.

    Untuk rekod, Nubhan dan Dr Afifah yang juga seorang doktor gigi mendirikan rumah tangga pada 29 Ogos 2015.

    Hasil perkongsian hidup selama hampir 10 tahun, pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Aafiya, 8, Ahmad Aaffan, 6, dan Afzan Nayille, 3 tahun.

    The post ‘Kali Pertama Diceraikan Ketika Saya Hamil Enam’ – Isteri Nubhan Akui Masih Sayangkan Keluarga first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah