30.3 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 19, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Ella Kunci Mulut Isu Rumah Tangga Anak Saudara, Terima Segala Keputusan Kaka Azraff

    Shopee Sale

    Ratu Rock, Ella akui tidak berada di posisi yang berhak untuk mengulas lanjut ekoran rumah tangga anak saudaranya, Kaka Azraff yang didakwa bergolak.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Saya & Suami Baik-Baik Sahaja’ – Kaka Azraff Tak Mahu Terlalu Berkongsi Kisah Rumah Tangga

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Kaka Azraff & Bekas Suami Mesra Di Sebuah Acara, Beri Bayangan Cinta Kembali Bertaut? – ‘I Love You A Trillion’

    Rumah tangga Kaka Azraff

    Ketika ditemui Ohbulan!, Ella atau nama sebenarnya, Nor Zila Aminuddin, 58, berpendapat isu rumah tangga adalah sesuatu yang privasi.

    Ujarnya, dia hanya mampu memberi sokongan dan doa buat pelantun lagu ‘Bukan Hal Aku’ tersebut.

    Perkara sebegitu saya tak boleh masuk campur.

    Saya sebagai makcik dia, kita hanya beri sokongan padu untuk Kaka.

    Ella berkata demikian ketika ditemui pada majlis sidang media Air Asia Hausboom Festival 2025 yang berlangsung di Kuala Lumpur International Airport (KLIA 2), sebentar tadi.

    MENARIK:  [VIDEO] ‘Lelaki Kalau Good Looking, Famous & Ada Segalanya.. Kalau Tak Playboy Saya Mungkin Akan Risau’ – Ameera Khan

    Dalam pada itu, Ella hanya mendoakan yang terbaik walau apa saja keputusan yang dibuat Kaka.

    Semuanya terpulang pada Kaka.

    Dia dah matang. Kita doakan yang terbaik sahaja.

    Terdahulu, media melaporkan pasangan itu telah sah bercerai talak satu dan pengesahan lafaz cerai itu difahamkan dilakukan secara ekspres di Mahkamah Rendah Syariah, Shah Alam, pada 28 Oktober lalu.

    Pasangan itu telah mendirikan rumah tangga pada 14 Disember 2018 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Aslan, 6, dan Aryan, 4, dan Atta Adam, 2.

    The post [VIDEO] Ella Kunci Mulut Isu Rumah Tangga Anak Saudara, Terima Segala Keputusan Kaka Azraff first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah