28.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Doktor Kongsi Gaya Hidup ‘Frugal Minimalist’, Tinggal Bersama Suami Dalam Bilik 45 Kaki Persegi

    Shopee Sale

    Baru-baru ini, seorang doktor tular di media sosial selepas berkongsi pengalamannya mengamalkan gaya hidup ‘frugal minimalist’, yang menekankan kesederhanaan dan kehidupan yang lebih tenang.

    Artikel Berkaitan: Dayang Nurfaizah Cerewet Bab Pakaian, Pilih Rekaan Minimalis..Bukan Kerana Bayaran

    MENARIK:  [VIDEO] Adam Corrie Tak Pulang Ke Kampung Sambut Tahun Baru Cina – ‘Ibu Saya Baru Meninggal Dunia’

    Artikel Berkaitan: Nada Embun, Perumahan Terbaru Dengan Konsep Minimalis & Dilengkapi Sistem Smart Home

    Gaya hidup minimalis

    " data-video-id="7563236516722478343" data-embed-from="oembed" style="max-width:605px;min-width:325px">
    @_amirahalieya

    everything i owned as a frugal minimalist in my mid 30s, trying to save money, settling debts & reaching financial freedom. . so, i live in a small room in my own clinic. yes, that’s right. i’m a doctor (GP). i used to rent a studio apartment back then but decided to take a drastic measure to move into my clinic so that i can save up so much more. #fyp #minimalism #minimalist #frugal #frugalliving

    ♬ equinox – Beetlebug

    Menerusi perkongsian di TikTok Dr. Amirah Alieya Mohamad mengakui dirinya dahulu seorang yang suka membeli-belah dengan menggunakan kad kredit sehingga menjadi bebanan hutang.

    Saya dulu seorang kaki shopping. Sejak remaja, saya suka membeli pakaian, beg dan macam-macam lagi.

    Setiap kali shopping, saya rasa gembira, tetapi rasa gembira itu sekejap sahaja.

    Bagaimanapun, dia dan suami kini mengamalkan gaya hidup sederhana dengan menetap di bilik kecil bersaiz 45 kaki persegi di klinik yang mereka urus sendiri.

    Saiz itu sudah cukup untuk kami berdua.

    Mula buang barang

    " data-video-id="7567280315320798471" data-embed-from="oembed" style="max-width:605px;min-width:325px">
    @_amirahalieya

    Replying to @DxyahMon1 in shaa Allah, this 45sqft room…fits! we can sleep, pray, play games, watch movies & even curhat hati😂 #minimalism #minimalist #frugal #frugalliving #simplelife

    ♬ Tercipta Untukku Sentimental Piano – Nael N. D.

    Sementara itu, Dr. Amirah menjelaskan bahawa titik perubahan berlaku apabila dia mula menyingkirkan barangan yang tidak diperlukan.

    Ujarnya, tindakan itu sekaligus membuka ruang ketenangan dalam hidupnya.

    Saya mula buang barang, derma pakaian, jual gajet saya tapi yang paling penting saya lepaskan diri palsu saya yang lama.

    Keresahan dalam diri saya berkurang. Tidak lagi rasa tertekan dan hati menjadi tenang.

    Dalam video tersebut, Dr. Amirah sempat menunjukkan keadaan di dalam bilik tersebut berserta keperluan dan barangan yang digunakannya.

    Difahamkan, sebelum ini Dr. Amirah dan suaminya pernah menyewa sebuah apartmen studio, namun akhirnya memilih untuk menetap di bilik kecil di klinik mereka sebagai langkah menjimatkan kos.

    Sumber: TikTok

    The post [VIDEO] Doktor Kongsi Gaya Hidup ‘Frugal Minimalist’, Tinggal Bersama Suami Dalam Bilik 45 Kaki Persegi first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah