26.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, September 24, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] DJ Sonic Terharu Fazura Hadiahkan Kasut Boot – ‘Setiap Kali Bercuti Pasti Ada Manis-Manis Untuk Kawan-Kawan’

    Shopee Sale

    Penyampai radio dan pengacara, DJ Sonic meluahkan rasa terharu apabila sahabat baik, yang juga merupakan aktres jelita, Nur Fazura memberikan hadiah istimewa buatnya.

    Artikel Berkaitan: DJ Sonic Menemplak Wanita Mahu Boikot Fazura – ‘Perempuan Bertudung Tulis Begini? Jahat Manusia Sekarang’

    Artikel Berkaitan: ‘Ada Yang Nak Kahwin Tak Lama Lagi, Doakan Jodoh Fazura Juga’ – DJ Sonic

    Hadiah istimewa

    Menerusi perkongsian di Threads, Sonic berterima kasih kepada pemilik nama Nur Fazura Sharifuddin itu kerana tidak pernah lupa menghadiahkan buah tangan untuk rakan-rakannya setiap kali dia melancong.

    Terima kasih Fazura untuk hadiah ini. Moga rezeki awak terus mengalir macam air dan udara. Takkan terhenti.

    Kebaikan seorang insan bernama Fazura ini, setiap kali bercuti pasti ada sahaja ‘manis-manis’ untuk kami kawan-kawan.

    Alhamdulillah, terima kasih Faz.

    Dalam hantaran lain, Sonic berkongsi sebuah video yang memaparkan dirinya sedang membuka hadiah tersebut iaitu sepasang kasut boot berwarna hitam.

    Rezeki Allah, ramai yang teka tapi inilah hadiahnya. Jawapannya adalah kasut boot!

    Saya sangat suka, Fazura betul-betul tahu apa kesukaan saya!

    Tak lupa kawan baik

    Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut memuji sikap pemurah yang dimiliki oleh pelakon filem Manisnya Cinta Cappadocia itu.

    MENARIK:  Cheta Pot Pet Percaya Masa Akan Pulihkan Hubungan Dengan Ifa Raziah – ‘Sebak & Rindu, Sebab Kami Rapat’

    Selain itu, mereka juga menyifatkan Sonic sebagai seorang yang bertuah kerana mempunyai sahabat seperti Fazura.

    Sumber: Threads DJ Sonic

    The post [VIDEO] DJ Sonic Terharu Fazura Hadiahkan Kasut Boot – ‘Setiap Kali Bercuti Pasti Ada Manis-Manis Untuk Kawan-Kawan’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah