Personaliti media sosial dan pelakon, Chazynash, mengakui dirinya kini berada dalam fasa serius dengan seorang wanita yang bakal dijadikan calon isteri.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Chazynash Masih Sediakan Bekas Isteri Tempat Tinggal & Kenderaan – ‘Saya Rasa Tanggungjawab & Tak Mahu Peningkan Dia’
Artikel Berkaitan: Chazynash Nafi Bercerai Kerana Orang Ketiga, Tuduhan Netizen Merapu
Fasa serius
View this post on Instagram
Ketika ditemui , Chazynash atau nama sebenarnya Syed Fernarsh Syed Badlishah memaklumkan bahawa dia bakal menamatkan zaman dudanya pada tahun hadapan.
Menurut Chazynash, wanita pilihan hatinya itu juga telah diperkenalkan kepada anak-anaknya, dan mereka menerimanya dengan baik.
Saya banyak terima DM (direct message) daripada kaum wanita selepas mengumumkan perceraian. Tetapi saya tak layan kerana ketika ini saya sedang mengenali seseorang.
Jadi saya rasa tak perlu untuk melayan sesiapa dan hanya fokus kepada dia sahaja.
InsyaAllah, jika semuanya baik-baik saja..malah saya pun sudah bawa dia berjumpa dengan anak-anak dan mereka pun suka, andai tiada apa-apa masalah mungkin tahun depan (berkahwin).
Chazynash berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran koleksi terbaharu jenama beg tangan terkenal Christy Ng X Mamee Monster yang berlangsung di Putrajaya baru-baru ini.
Cepat ‘move on’?

Semasa ditanya tentang kaum lelaki yang didakwa cepat mencari pengganti berbanding wanita, Chazynash menegaskan bahawa dirinya memerlukan teman hidup selain ketentuan Allah SWT tentang jodoh juga tidak boleh dipersoalkan.
Saya perlukan seseorang untuk mengurus, mendampingi dan menjaga makan minum saya.
Jodoh di tangan tuhan.
Kita tidak boleh menilai seseorang itu cepat ‘move on’ atau pun tidak kerana mereka sendiri tidak pernah melalui fasa ini (perpisahan).
Tambah pelakon drama Honey Trap itu, bekas isterinya, Fatin Morat, kini juga sedang mengenali seseorang, dan dia turut mendoakan agar wanita itu dipertemukan dengan jodoh yang baik.
Bekas isteri saya pun sedang mengenali seseorang juga, malah saya menyokong dan menasihatinya.
Sebab sesiapa sahaja yang berkahwin dengannya dia akan menjadi bapa tiri kepada anak-anak saya, calonnya mestilah orang yang baik.
Jadi, saya harap dia pun mendapat jodoh yang baik-baik.
Imbas kembali, Chazynash mengesahkan telah bercerai dengan Fatin pada 23 Januari lalu menerusi satu hantaran dimuat naik di Instagram.
Menurut Chazynash, dia menyifatkan perpisahan yang berpunca daripada kesilapannya itu sebagai keputusan yang dicapai dengan persefahaman bersama.
The post [VIDEO] Chazynash Bakal Tamatkan Zaman Duda Tahun Depan – ‘Saya Dah Bawa Jumpa Ketiga Anak, Mereka Suka’ first appeared on OHBULAN!.





