34.1 C
Kuala Lumpur
Wednesday, October 21, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] ‘Bila Datang Dari Broken Family, Sebaik-Baiknya Saya Akan Jaga Keluarga’ – Sheila Rusly

    Shopee Sale

    Keakraban yang ditonjolkan antara penerbit Sheila Rusly dan menantunya yang juga aktres, Elisya Sandha sering kali mendapat perhatian ramai.

    Artikel Berkaitan: Elisya Sandha Kongsi Momen Pertama Kali Jumpa Sheila Rusly – ‘Saya Duduk Dalam Kereta Sejam Takut Punya Pasal’

    Artikel Berkaitan: Ramai Cemburu Dengan Elisya Sandha, Dapat Layanan ‘Five Star’ Ketika Berpantang – ‘Ibu Mentua Dari Syurga’

    Ibu mentua idaman

    View this post on Instagram

    A post shared by 𝗕𝗲𝗿𝗿𝘆𝗳𝘂𝗹𝗹 | 𝗚𝗮𝘁𝘁𝗼𝘅 – Official Hq (@inayahbeautytrading)

    Menerusi perkongsian di Instagram Inayah Beauty, Sheila dan Elisya tidak dapat menahan air mata apabila mereka berkongsi tentang hubungan baik di antara ibu mentua dan menantu.

    Menurut Elisya, memiliki ibu mentua seperti Sheila adalah rezeki yang dikurniakan oleh Allah SWT.

    Nak menangis pula saya, sebab saya sayang sangat mak mentua..pada saya, ini adalah rezeki.

    Saya tak pernah sangka akan dapat rezeki ibu mentua yang sangat baik dan memahami.

    Saya tahu ini adalah idaman semua wanita di luar sana. Dia layan macam anak sendiri, tak buat kami rasa seperti orang luar.

    Ketika diminta untuk menggambarkan ibu mentuanya dalam satu perkataan, Elisya akui sukar kerana menyifatkan Sheila sebagai seorang yang sempurna.

    Jadi, satu perkataan yang boleh saya gambarkan tentang ibu mentua saya..sebernarnya susah kerana dia sangat sempurna.

    Sayang anak menantu

    Sementara itu, Sheila berkata, pengalaman membesar dalam keluarga yang pernah berdepan dengan konflik, menjadikannya seorang isteri dan ibu yang sentiasa berusaha mempertahankan kasih sayang dan hubungan erat.

    Seperti yang saya katakan, dia seperti anak saya sendiri.

    Kalau pasal anak-anak, menantu dan cucu saya sangat sensitif sebab saya datang dari broken family.

    Bila datang dari broken family sebaik-baiknya saya akan jaga keluarga saya supaya tidak akan melalui fasa kehidupan saya dari saya kecil hingga berumur begini.

    Untuk rekod, Elisya mendirikan rumah tangga dengan anak sulung kepada Sheila iaitu Uzair Haqimy pada Ogos 2017.

    MENARIK:  ‘Ini Mungkin Persembahan Terakhir’ – Siti Nurhaliza Kenang Momen Bersama Allahyarhamah Tun Dr Hasmah

    Mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu, Bunga Elhaq yang kini berusia hampir tiga tahun dan seorang bayi yang baru dilahirkan, Bahtera Elhaq.

    Sumber: Instagram Inayah Beauty

    The post [VIDEO] ‘Bila Datang Dari Broken Family, Sebaik-Baiknya Saya Akan Jaga Keluarga’ – Sheila Rusly first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah