
Pelakon Datin Atikah Suhaime baru-baru ini menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-34 tahun.
Kejutan daripada keluarga
Lama tak posting sebab focus pantang ?. Birthday surprise dari family ?? #fyp #lylamulanteh #birthdaysurprise #jaundice
? suara asli – Guitar Intensive – Guitar Intensive
Menerusi hantaran yang dimuat naik di TikTok, Atikah atau nama sebenarnya Nur Atikah Mohd Suhaime bagaimanapun meluahkan rasa sedih berikutan bayinya mengalami jaundis dan terpaksa dimasukkan ke wad.
Sebenarnya saya lupa hari ini hari lahir saya.
Mulan kena masuk wad satu malam disebabkan jaundis. Seharian menangis sebab saya rasa saya bukan seorang ibu yang bagus, bagi susu pun tak cukup.
Saya pilih untuk duduk di hospital. Kalau ada apa-apa jururawat boleh panggil.
Memang hari ini rasa down sangat, tak update apa pun dekat media sosial.
Atikah kemudian dilihat menerima kejutan daripada keluarga mentua yang datang membawa kek serta hadiah sempena hari lahirnya.
Atikah beruntung

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet menyifatkan pelakon drama Cinta Tiada Ganti itu sebagai seorang menantu yang bertuah kerana dikurniakan keluarga mentua yang baik.
Kenapa saya menangis juga? Mungkin sebab bahagia tengok Atikah dilayan macam puteri oleh keluarga mentua, tak semua orang beruntung macam awak.
Alhamdulillah rezeki awak dapat suami dan keluarga mentua yang baik.
Bayangkan kita orang biasa kemudian masuk dalam keluarga luar biasa yang meraikan kita. Seronok tak terkata.
Sekarang kita faham kenapa dia sanggup masak dan berpenat untuk keluarga mentua.
Pada 8 Mac lalu, Atikah berkongsi berita gembira dengan mengumumkan sudah selamat melahirkan puteri sulung yang diberi nama Lyla Mulan Teh.
Imbas kembali, Atikah mendirikan rumah tangga dengan usahawan, Datuk Lokman Teh pada 21 Januari tahun lalu.





