28.4 C
Kuala Lumpur
Wednesday, September 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Aril Ziarah Kubur Arwah Izwan Pilus Ketika Aidilfitri – ‘Setahun Sekali Jenguk, Hati Ini Tak Kuat’

    Shopee Sale



    Penyanyi, Aril Pilus berkongsi momen sayu ketika menziarahi kubur abangnya, Allahyarham Izwan Pilus sewaktu hari raya pertama yang lalu.

    Ziarah kubur arwah Izwan

    " data-video-id="7492360635334905095">
    @arilpilus Lepas 2 minggu raya baru la ada kekuatan nak post video ni ? Al-Fatihah Abang… #IzwanPilus ? original sound – Naim Daniel

    Menerusi perkongsian di TikTok, Aril atau nama lengkapnya Khairil Azam Pilus mendedahkan bahawa dia hanya akan menziarahi kubur arwah abangnya itu setahun sekali.

    Okay korang, tempat yang saya nak pergi beraya hari ini adalah istimewa sedikit iaitu rumah saudara seibu dan sebapa saya.

    Masa ini hati dah sayu sebab setahun sekali ja jenguk dia dekat ‘rumah’ dia.

    Jangan marah ya (arwah) Izwan. Bukan tak nak datang, tapi hati ini tak kuat.

    Menerusi perkongsian yang sama, pelantun lagu ‘Menatap Matamu’ itu sempat menitipkan ucapan hari raya buat arwah abangnya serta mendoakan agar mereka dapat berjumpa di syurga.

    Selamat hari raya, wan. Insya-Allah ada rezeki kita akan jumpa di syurga.

    Semoga kau tenang di sini ya.

    Komen netizen

    Perkongsian tersebut kemudiannya meraih perhatian wargamaya yang rata-ratanya turut meluahkan rasa sayu.

    MENARIK:  [VIDEO] ‘Nak Kata Saya Tak Ada ‘Haters’, Tipulah’ – Khairul Aming Minta Ibu Bapa Pantau Anak-Anak

    Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mendoakan agar roh Allahyarham Izwan dicucuri rahmat.

    Sekadar info, Allahyarham Izwan yang terkenal menerusi lagu Kembali Senyum menghembuskan nafas terakhir pada 20 Januari 2012 akibat jangkitan kuman dalam darah.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah