Pelakon, Andy Teh berkongsi punca utama dirinya mula melibatkan diri dalam sukan taekwando.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Saya Bukan Try Hard, Cuma Nak Fahami Budaya Melayu’ – Andy Teh
Artikel Berkaitan: Andy Teh Tak Sempat Bercinta, Sibuk Berlakon & Urus Bisnes – ‘Tak Ada Masa Nak Dating, Bukan Tak Nak Okay’
Nak lawan pembuli
Menurut Andy atau Andy Teh Kim Huat, dia terdetik untuk mempelajari seni mempertahankan diri tersebut kerana mahu membalas dendam terhadap pembuli yang membulinya.
Saya belajar taekwando ketika berusia 10 tahun.
Cikgu saya selalu tanya, ‘Awak nak belajar ini sebab apa ya?’
Saya akan jawab, ‘Saya nak lawan dan balas dendam pada pembuli’.
Andy berkongsi perkara tersebut ketika menjadi tetamu di sesi podcast ‘Studio Sembang’ yang dikendalikan pelakon dan pengacara, Amelia Henderson.
Namun begitu, pelakon filem ‘Blood Brothers: Bara Naga’ memaklumkan dia mula sedar mengenai makna sebenar mempelajari seni mempertahankan diri selepas mendapat nasihat daripada arwah gurunya.
Ujar Andy, pesanan gurunya itu telah membuatkan dia sedar bahawa dendam bukanlah jalan terbaik untuk melawan buli.
Tetapi saya nak berterima kasih kepada arwah cikgu saya yang pesan, ‘Awak belajar dulu kemudian baru tahu sebab kenapa awak belajar seni mempertahankan diri. Satu hari awak akan faham yang balas dendam itu bukan jalan penyelesaiannya’.
Sejak itu saya mula kenal ‘value’ diri saya dan mula fikir yang balas dendam itu bukan penyelesaian.
Daripada saya nak balas dendam kepada tiga orang pembuli, saya ubah pemikiran, ‘Biarlah, korang nak buat apa buatlah’.
Dan waktu itu pun mereka dah tahu siapa saya dan tak berani nak sentuh atau kacau.
Sumber: TikTok
The post [VIDEO] Andy Teh Dedah Mula Belajar Taekwando Sebab Nak Lawan Pembuli – ‘Saya Nak Balas Dendam’ first appeared on OHBULAN!.





