28.4 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Anak Menangis Terkejut Dengar Bunyi Ekzos Bingit, Fila Amir ‘Sekolahkan’ Netizen Suruh Balik Kampung Daddy

    Shopee Sale

    Pempengaruh dan usahawan popular, Fila Amir berang apabila emosinya dipertikai selepas dia melihat reaksi anaknya, Assara Adama Camara yang terkejut mendengar bunyi ekzos motosikal yang telah diubah suai ketika berada di kawasan terbuka.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Kami Tak Kisah Warna Kulit Anak Hitam Atau Putih’ – Fila Amir & Suami Bidas Netizen Pertikai Rupa Zuriat

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Kalau Adama Bukan Ayahnya, Doktor Kutip Sperma Siapa?’

    Anak terkejut

    Menurut pemilik nama Nurafilah Amir Rusdi, bunyi bising tidak pernah memberi masalah kepada Assara namun bunyi bingit yang terlalu kuat memberikan kesan padanya.

    Bukan masalah bising, masalahnya adalah bingit! Kalau bukan sebab baby pun memang motorsikal dia bunyi bising.

    Orang dekat restoran pun terpinga-pinga terkejut. Kita yang dewasa pun sakit telinga terkejut.

    Fila berkata demikian selepas individu menyatakan bunyi bising itu adalah normal memandangkan pempengaruh itu menetap di ibu kota.

    MENARIK:  ‘Fatima Jangan Bersedih, Hati Daddy Memelukmu Selamanya’ – Fattah Amin

    Mengulas lebih lanjut, Fila berkata Assara sudah terbiasa dengan bunyi bising malah memerlukannya untuk tidur pada waktu siang.

    Nak cakap pasal bising, sebelah rumah kami ada pembinaan dari pukul 8 pagi hingga 7.30 petang memang sentiasa bising.

    Macam-macam bunyi ada sampai Assara pun sudah sesuaikan diri. Sekarang nak tidur siang pun kena ada bunyi bising baru Assara boleh tidur.

    Terdahulu, Fila memuat naik video memaparkan reaksi Assara apabila mendengar bunyi bingit ekzos yang telah diubah suai sehingga menghasilkan bunyi melebihi had yang dibenarkan.

    Kata Fila, itu adalah kali pertama dia melihat Assara memberi reaksi seperti itu.

    Sumber: Instagram (1), (2)

    The post [VIDEO] Anak Menangis Terkejut Dengar Bunyi Ekzos Bingit, Fila Amir ‘Sekolahkan’ Netizen Suruh Balik Kampung Daddy first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah