Pelakon, Amyza Aznan meluahkan rasa syukur terhadap usahawan, Datin Seri Nur Shahida atas kebaikannya dalam membantu anak sulungnya, Andre Mikhail yang baru meninggal dunia akibat kanser paru-paru.
Artikel Berkaitan: Jenazah Andre Mikhail Selamat Dikebumikan, Rakan Sebaya Usung Hingga Ke Liang Lahad
Artikel Berkaitan: Anak Sulung Amyza Aznan Meninggal Dunia
Antara individu terawal
View this post on Instagram
Menerusi perkongsian di Instagram, Amyza berkata Shahida merupakan antara individu terawal yang tampil membantu Andre serta adiknya, Adrian Adam ketika mereka melalui saat sukar.
Terima kasih Datin Seri Shahida. Bicara hati ke hati seorang ibu, adik dan kakak.
Dia antara orang terawal membantu Andre dan adrian tapi Allah lebih sayang Andre.
Amyza turut percaya segala rezeki dan kejayaan yang dimiliki Shahida hari ini adalah hasil daripada hati yang baik serta keikhlasan dalam membantu orang lain.
Kerana kebaikan dia, sebab itu rezeki dia diluar sangkaan dan hebat kerana dia punya hati yang hebat.
Kebaikan dia memang antara dia dan Allah yang tahu.
Manakala Shahida pula tidak dapat menyembunyikan rasa gembira apabila akhirnya berpeluang bertemu Amyza selepas perancangan mereka untuk bertemu sebelum ini tidak kesampaian.
Sumber: Instagram
The post [VIDEO] Amyza Aznan Puji Shahida, Syukur Atas Pertolongan – ‘Kebaikan Dia Memang Antara Dia & Allah Yang Tahu’ first appeared on OHBULAN!.





