
Penyanyi Ernie Zakri mengakui terkejut membaca sebuah gosip yang mendakwa dirinya sukar menerima teguran dan mula ‘naik tocang’.
Terkejut

Menafikan dakwaan tersebut, Ernie atau nama lengkap Nur Ernie Shahirah Zakri, 32, bagaimanapun tiada kuasa untuk menghalang daripada orang luar membuat sebarang spekulasi terhadap dirinya.
Saya terkejut ketika membaca gosip itu. Gosip tersebut mendakwa saya buat muka ketika sedang ditemu bual, kadang kala saya buat muka sebab sedang fokus kepada soalan yang diajukan.
Persepsi masing-masing untuk menilai jika kata saya buat muka. Tak kan lah saya nak mengaku diri ini seorang ‘humble’ atau manusia yang sangat baik. Kalau siapa yang jumpa saya, jarang nak kata yang saya buat muka.
Terima teguran

Terbuka menerima teguran, Ernie memohon maaf jika ada tindak-tanduknya yang tidak disengajakan telah mengguris hati mana-mana pihak.
Saya manusia biasa, bukan setiap masa saya sempurna. Mungkin ketika berdepan dengan orang saya sedang kawal apa yang berlegar dalam fikiran. Mungkin waktu itu saya sedang stress.
Saya terbuka dengan teguran. Jika ada yang kata saya dah berubah atau pernah terkena, saya minta maaf dan ampunkan saya. Saya ada juga khilaf sendiri. Jika saya tersombong saya minta maaf.
Terdahulu, timbul sebuah gosip yang mendakwa Ernie sudah berubah apabila didakwa sukar menerima teguran.
Gosip itu mendakwa air mukanya berubah serta-merta jika kurang senang dengan sesuatu pertanyaan walaupun daripada media.





