
Pelakon dan penyanyi sensasi Aliff Aziz menerima amaran daripada warganet untuk tidak menggangu bekas isterinya, Bella Astillah ekoran isu yang dilakukan sehingga terlerai bahtera perkahwinan yang dibina lebih lima tahun itu.
Sedap nyanyi
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, penyanyi kelahiran Singapura Aliff Aziz itu dilihat berbusana sut hitam ketika berada di sebuah majlis makan malam.
Pada perkongsian itu, Aliff sedang mendendangkan sebuah lagu berjudul ‘Dealova’ nyanyian asal oleh Once Mekel.
Walau bagaimanapun, hantaran itu dipenuhi dengan amaran untuk pelantun lagu ‘Sayang Sayang’ itu tidak menganggu kebahagian Bella.
Reaksi netizen




Menjengah ke ruangan komen, selain daripada netizen meninggalkan amaran, terdapat juga doa daripada warganet agar Aliff diberikan hidayah untuk berubah ke arah yang lebih baik.
Imbas kembali, mahligai perkahwinan Aliff dan Bella terlerai pada 13 Jun tahun lalu akibat ditangkap berkhalwat bersama aktres Ruhainies di sebuah kondominium mewah yang terletak di ibu kota.





