Tindakan usahawan, Aleeya Zailan menyantuni anak-anak yatim dan asnaf dengan memberi sumbangan kepada mereka meraih perhatian netizen.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Detik Cemas Dua Anak Aleeya Zailan ‘Hilang’ Di Amerika
Artikel Berkaitan: Anak Aleeya Zailan Beli Barang Jualan Budak Darjah 4
Kongsi rezeki

Menerusi perkongsian di TikTok, Aleeya memuat naik video memaparkan keluarganya berkongsi rezeki bersama anak-anak yatim dan asnaf.
Dalam perkongsian yang lain, Aleeya berkongsi dia berbelanja sebanyak RM10,000 membeli barangan untuk mereka.
Alhamdulillah, Aleeya kongsi rezeki bersama anak yatim dan asnaf.
Menurut Aleeya, dia menyediakan barangan keperluan seperti minyak, beras dan juga barangan mainan buat mereka.
Tidak hanya itu, pada hari kejadian Aleeya juga dilihat membawa juadah makanan seperti piza serta minuman manis.
Perkongsian Aleeya telah mendapat reaksi positif dalam kalangan netizen yang rata-rata memuji tindakannya.
Netizen meluahkan rasa syukur apabila individu seperti Aleeya bertindak mahu memberi sumbangan kepada golongan yang kurang berkemampuan.
Komen netizen


Sumber: TikTok
The post [VIDEO] Aleeya Zailan Berhabis RM10,000, Kongsi Rezeki Bersama Anak-Anak Yatim & Asnaf first appeared on OHBULAN!.





