35.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, October 1, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] ‘Aku Nak Rasa Duit Anak, Bukan Minta Banyak Sampai Kaya Sebab Aku Pun Ada Duit Tapi Cari Keberkatan’ – Kak KM

    Shopee Sale



    kak km family

    Usahawan dan personaliti media sosial, Kak KM menasihati anak-anak supaya bekerja dan memberi wang belanja kepada ibu bapa supaya mendapat keberkatan.

    Bagi mak ayah duit, untuk dapat keberkatan

    " data-video-id="7438974226515725575">
    @sweetdara_kakkm_original #kmbeauty #kakkmbukanbiasa2 #fypp #sweetdara ? original sound – Sweetdara_kakkm_original

    Menerusi sedutan video yang dikongsikan semula di TikTok, Kak KM atau nama lengkapnya Liana Rosli memberitahu dia tidak akan membenarkan anak-anaknya untuk berkahwin pada usia yang terlalu muda sebaliknya mahukan mereka bekerja dan memiliki pendapatan sendiri dahulu.

    Tambah anak kepada pelakon veteran, Normah Damanhuri ini lagi, meskipun dia memiliki wang sendiri tetapi dia masih menginginkan wang pemberian daripada anak-anak agar mereka mendapat keberkatan.

    Tak boleh lagi nak kahwin. Dia kena hadap dulu kehidupan. Aku pun nak rasa juga duit dia, aku suruh dia kerja. Sebab kita nak cari keberkatan tu. Bagi mak bapa RM100 pun dah cakap. Bukannya aku nak duit yang banyak, nak kaya tu tidak. Aku bukan nak buat apa pun sebab aku pun ada duit.

    Dalam pada itu, Kak KM mendedahkan sehingga kini dia masih memberikan wang kepada ibunya, Normah Damanhuri meskipun tahu wanita itu berkemampuan dari segi kewangan.

    Macam mak aku kan, dia kaya je sampai sekarang tak berhenti penggambaran tapi aku bagi je dia duit belanja. Sebab apa?  sebab kita nak kan keberkatan. Ikutkan dia mampu je nak beli kereta, rumah.

    Sementara menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet bersetuju dengan cara pemikiran Kak KM. Menurut mereka, mendapat keberkatan dalam hidup adalah salah satu impian setiap manusia yang beragama Islam.

    MENARIK:  Selepas Keguguran, Ain Edruce Umum Hamil Anak Kedua – ‘Alhamdulillah Allah Beri Rezeki Untuk Kami’

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah