Pelakon terkenal Datuk Aaron Aziz berkongsi pengalamannya semasa mengerjakan haji iaitu rukun Islam kelima beberapa tahun lalu.
Artikel Berkaitan: Aaron Aziz Faham Perasaan Yusry, Yakin Ada Hikmah Belum Rezeki Tunai Haji – ‘Suami Mana Yang Tak Mahu Beribadah Bersama Isteri’
Pengalaman tunai haji

Ketika ditemui , Aaron atau nama lengkapnya Aaron Mustapha Aziz, 50, mengimbas kembali cabaran yang dihadapi ketika Hari Arafah.
Menurut Aaron, pada waktu itu dia serta beberapa orang jemaah lain berada di khemah berasingan dan berdepan dengan cuaca yang sangat panas.
Paling dahsyat sekali Hari Arafah, kami suami isteri pada mulanya di maktab (zon penempatan) berlainan, kemudian disatukan tetapi yang lelaki tak dapat khemah.
Kami diletakkan di suatu tempat yang agak kecil betul-betul sebelah pagar. Di sebelah pagar ada bas yang enjinnya tak ditutup dari pagi sampai maghrib.
Karbon monoksida keluar dan angin panas daripada aircond khemah yang lain pun menghala pada kami.
Jadi kami jemaah berfikir macam mana nak buat dalam keadaan begini.
Saya pun ambil tilam buat alas, ambil sebahagian daripada selimut kemudian ikat untuk tutup keliling, ambil payung halang ekzos bas dan ambil tilam untuk tutup.
Tambah pelakon filem Sheriff: Narko Integriti itu lagi, cuaca panas juga menyebabkan dia tidak dapat menggunakan telefon bimbitnya.
Saya keluarkan telefon bimbit nak tanya khabar isteri, tapi tak sampai beberapa saat telefon saya keluar amaran overheat. Saya terpaksa ambil kain untuk sejukkan takut meletup.
Aaron berkata demikian ketika ditemui pada sidang media pelancaran Karva Travel & Tours yang berlangsung di Wangsa Maju, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Walau bagaimanapun, Aaron mengucapkan rasa syukur kerana Allah SWT tetap mempermudahkan urusannya apabila ada individu yang menghantar bekalan ais untuk dia serta jemaah lain minum dan menyejukkan badan.
Tapi Allah mempermudahkan, setiap dua jam ada hamba Allah datang bagi kami ais dua bakul besar, satu untuk minum satu lagi untuk rendam ihram sebab panas sangat.
Rendam ihram sekarang, bila pakai, 10 minit dah kering.
Walaupun panas dan susah tapi saya dan jemaah lain cuba untuk buatkan diri kami selesa.
Ada air dan vitamin C, kami buat jadi jus oren sejuk. Saya siap buat teh o ais lagi guna uncang teh dan berkongsi dengan jemaah lain.
Ini adalah inisiatif masing-masing kerana cuaca panas di Arafah.
Untuk haji, ini yang paling mencabar tetapi Allah mudahkan dengan adanya air sejuk.
Untuk info, Aaron dan isteri, Datin Diyana Halik menunaikan ibadah haji pada tahun 2023.
The post [VIDEO] Aaron Aziz Kongsi Pengalaman Haji, Cuaca Panas Hari Arafah Paling Mencabar – ‘Allah Mudahkan..Setiap 2 Jam Ada Yang Hantar Ais’ first appeared on OHBULAN!.





