Personaliti media sosial Islamik, Aisyah Hijanah mengingatkan bahawa terdapat lima golongan lelaki yang tidak boleh disalam oleh kaum wanita ketika sambutan Hari Raya Aidilfitri nanti.
Artikel Berkaitan: ‘Jika Keluarga Sendiri Dalam Kesusahan, Mereka Lebih Utama Dibantu’ – Ustaz Wadi Annuar
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Musafir Ketika Ramadan, Boleh Tak Tinggal Puasa? Ustaz Kembar Jelaskan Syarat
Tetap boleh dikahwini
Menerusi perkongsian di TikTok, pemilik nama Aisyah Hijanah Azhari menjelaskan bahawa golongan pertama yang tidak boleh disalam oleh wanita ialah sepupu lelaki kerana hubungan sepupu antara lelaki dan perempuan tetap dianggap bukan mahram meskipun pernah membesar bersama sejak kecil.
Kata Aisyah, golongan seterusnya ialah abang ipar yang walaupun mempunyai hubungan kekeluargaan melalui perkahwinan, tetap dianggap orang luar.
Hal ini kerana jika berlaku perceraian antara dia dan kakaknya, wanita tersebut secara hukum masih boleh berkahwin dengan abang ipar itu.
Lima golongan lelaki yang kita tidak boleh salam sesuka hati pada waktu raya nanti ialah sepupu lelaki dengan sepupu perempuan tidakk boleh salam.
Walaupun waktu kecil dahulu pernah mandi bersama, tetap sama bila dah besar dan sudah baligh maka kita tidak boleh salam dia.
Yang kedua adalah abang ipar kita, sebab dia adalah orang luar.
Contoh bila dia dah bercerai dengan kakak kita, kita boleh berkahwin dengan dia.
Jaga batas

Seterusnya, suami kepada sepupu juga tidak boleh disalam kerana hubungan tersebut bukan mahram biarpun sudah lama saling mengenali.
Ujarnya lagi, golongan keempat ialah anak saudara kepada ipar yang juga bukan mahram, maka bersalaman dengannya tidak dibenarkan.
Golongan yang ketiga pula, suami kepada sepupu kita, sama juga diharamkan untuk bersalaman walaupun kita rapat dengan dia.
Selain itu, anak saudara kepada ipar kita, contohnya kakak ipar kita ada anak buah, kita tak boleh salam anak buah dia tu.
Dalam pada itu, golongan terakhir ialah kenalan atau rakan lelaki yang walaupun sudah berkawan rapat, wanita itu tetap perlu menjaga batas pergaulan.
Yang terakhir ialah kenalan kita atau kawan-kawan yang berlainan jantina.
Pastikan kelima-lima golongan ini kita sebagai perempuan jangan salam.
Sumber: TikTok
The post [VIDEO] 5 Lelaki Ini Wanita Tak Boleh Salam – Pesan Aisyah Hijanah Waktu Raya first appeared on OHBULAN!.





