26.6 C
Kuala Lumpur
Sunday, March 16, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Aaron Aziz Bergegas Ambil Anak Perempuan Selepas Kejadian Tembakan – ‘Satu Mall Diarah Keluar’

    Shopee Sale



    Semalam telah berlakunya kejadian tembakan di sebuah pusat membeli-belah yang terletak di Setia Alam, Selangor.

    Anak Aaron Aziz ada ketika kejadian

    " data-video-id="7469058219541826823">
    @therealaaronaziz Guys Make sure your loved ones are safe kalau ada di SCM tadi. AdaTembakan di SCM anak saya kata tadi satu Mall diarah keluar. Remember adik @Dahliaarissaaaron? never panic during an emergency. #tembakan #suspected #robbery ? original sound – aaron aziz

    Insiden cemas dan menggemparkan itu turut dihadapi anak kepada pelakon, Datuk Aaron Aziz iaitu Dahlia Arissa.

    Menerusi perkongsian di TikTok, Aaron atau nama sebenarnya Aaron Mustapha Aziz memaklumkan dia yang mengetahui kejadian tersebut bergegas ke pusat membeli belah terbabit untuk mengambil Dahlia bersama seorang rakannya yang bernama Amira.

    Ada tembakan, rasanya kejadian rompakan di Setia City Mall (SCM).

    Jadi, saya baru sahaja ambil Dahlia dan Amira selepas mereka keluar dari pusat beli belah tersebut.

    Harap semua selamat

    Di ruangan kapsyen, pelakon filem ‘KL Gangster’ ini berharap agar mereka yang berdepan dengan situasi tersebut berada dalam keadaan yang selamat.

    MENARIK:  Shuk Sahar Mengaku Sudah Berkahwin Selama Empat Bulan, Alasan Rahsiakan Perkahwinan – ‘Saya Tidak Ingin Berkongsi Kisah Peribadi’ [VIDEO]

    Pelakon asal Singapura itu juga sempat menasihati anaknya untuk tidak berlaku panik setiap kali berdepan dengan kecemasan.

    Korang, pastikan orang yang korang sayang berada dalam keadaan yang selamat kalau mereka di SCM tadi.

    Ada tembakan dan anak saya kata satu ‘mall’ diarah keluar.

    Ingat adik (Dahlia), jangan panik bila berdepan situasi kecemasan.

    Selain anak Aaron, selebriti yang turut berdepan situasi sama dan terkandas di pusat beli belah tersebut ialah penyanyi, Vaneesa Reynauld.

    Menerusi video di TikTok, Vanessa mengakui dia berasa takut dengan kejadian tersebut susulan tidak pernah mengalaminya sebelum ini.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah