Sepotong video memperlihatkan usahawan sensasi, Datuk Seri Vida sedang mencari hadiah di sebuah butik mewah untuk sahabatnya yang juga pengacara, Roslan Shah telah mencuri perhatian wargamaya.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Roslan Shah Makin Popular, Terharu Ramai Peminat Gen Z – ‘Sebelum Ini, Ada Mulut Puaka Yang Cakap Saya Sudah Sendu’
Sahabat

Menerusi hantaran di TikTok, Vida atau nama sebenar Hasmiza Othman, 54, dilihat sedang membelek beberapa koleksi bag silang berjenama untuk dijadikan hadiah.
Pemberian tersebut diberikan Vida kepada Roslan atau mesra disapa Cik Lan bersempena ulang tahun kelahiran pengacara itu yang ke-53.
Pada kapsyen yang ditulis, Vida mengucapkan terima kasih atas kebaikan yang dilakukan Cik Lan kepadanya selama ini.
Happy Birthday Cik Lan. Terima kasih Cik Lan atas segala kebaikan. Seorang insan yang tidak pernah berkira, anak yang soleh. Semoga Cik Lan panjang umur dan murah rezeki, dikurniakan syurga.
Vida turut menggunakan lagu latar berjudul ‘Sahabat Tak Akan Pergi’ nyanyian asal Betrand Putra dan Anneth Deliecia sebagai simbolik hubungan persahabatan mereka yang begitu akrab.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata wargamaya mendoakan Vida diperluaskan pintu rezekinya selain gembira melihat dua sahabat itu.
Sumber: TikTok
The post Vida Belikan Roslan Shah Hadiah Sempena ‘Birthday’ – ‘Terima Kasih Atas Segala Kebaikan, Semoga Dikurniakan Syurga’ first appeared on OHBULAN!.





