31 C
Kuala Lumpur
Monday, April 20, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Uyaina Arshad Tak Dapat Memo Tema Warna Majlis Kahwin Kawan Baik – ‘Semua Pakai Kuning, Saya Je Biru’

    Shopee Sale

    Pengacara dan pelakon, Uyaina Arshad mengakui tidak boleh melupakan satu peristiwa sewaktu menghadiri majlis perkahwinan rakan baiknya beberapa tahun lalu.

    Artikel Berkaitan: Jadi Bahan Kutukan, Uyaina Arshad Tidak Berdiam Diri – ‘Ini Adalah Buli Siber & Ia Tidak Okay’

    Artikel Berkaitan: ‘Ramai Kecam Tapi Pernah Korang Jumpa Dia Depan-Depan? – Staf Kongsi Sisi Baik Uyaina Arshad

    Kena sisih?

    Menerusi hantaran di platform Threads, Uyaina berkata, dalam majlis tersebut beberapa rakan yang lain hadir dengan pakaian berwarna kuning.

    Manakala dia seorang sahaja memakai baju berwarna biru kerana tidak dimaklumkan mengenai tema warna yang telah dipersetujui bersama.

    Saya pernah kena, waktu ‘kawan baik’ saya punya majlis perkahwinan. Ada kawan yang lain, mereka berempat semua pakai warna baju yang sama iaitu kuning. Saya seorang sahaja tidak dapat memo, jadi saya pakai warna biru.

    Masih terpahat insiden itu dalam ingatan sehingga hari ini, Uyaina memberitahu situasi tersebut membuatkan dirinya kelihatan terlalu menonjol dalam gambar kenangan yang diambil bersama.

    Dalam gambar nampak saya sama menonjol dengan pengantin. Sebab kami berdua je warna baju yang tak sama dengan yang lain. Dah bertahun berlalu, masih tak boleh lupa.

    Uyaina berkongsi cerita tersebut selepas membaca satu ciapan seorang pengguna media sosial yang berkongsi pengalaman sama.

    MENARIK:  Adakah Kejantanan Hanya Bergantung Pada Kecantikan? Pendapat Michael Ang

    Individu terbabit memberitahu, dirinya tidak menerima notis pemakaian oleh rakan tempat kerja dan menyifatkan sikap rakannya sebagai ‘toksik’.

    Punya toksik kawan kerja aku sampai masing-masing pakai baju kurung sama-sama hari ini. Aku sorang je pakai baju kerja dengan seluar. Tak ada inform apa-apa pun. Tak tahu apa mereka tidak puas hati dengan aku.

    Sumber: Threads

    The post Uyaina Arshad Tak Dapat Memo Tema Warna Majlis Kahwin Kawan Baik – ‘Semua Pakai Kuning, Saya Je Biru’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah