Usahawan dan pelakon, Tya Ariffin meluahkan rasa kecewa apabila stok susu badan yang dikumpulnya semasa di luar negara telah rosak ketika perjalanan pulang ke Malaysia baru-baru ini.
Artikel Berkaitan: ‘Tya Nampak Rambut Tak Disengajakan’ – Asyraf Khalid
Artikel Berkaitan: Tya Arifin Ditegur Pakai Tudung Nampak Rambut, Netizen Luah Rasa Kecewa – ‘Semoga Istiqamah’
Luahan Tya
Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Tya atau nama lengkapnya Nurtria Wulandari Arifin berkata, sepanjang berada di London, dia menyimpan stok susu tersebut dengan rapi.
Saya ingin meluahkan rasa kecewa sebagai seorang ibu. Selama dua minggu di London, saya menemani suami atas urusan kerja.
Dalam masa yang sama saya tetap mengepam susu badan untuk anak yang berusia lima bulan.
Saya sanggup beli ice box dan ice pack bagi memastikan susu sentiasa beku dan tidak rosak sepanjang penerbangan.
Beg tertinggal

Bagaimanapun, kejadian tidak dingini berlaku apabila pihak penerbangan berkenaan memaklumkan kepada Tya bahawa beg berisi susu tersebut tertinggal di London.
Tetapi setibanya di Kuala Lumpur, saya diberitahu beg berisi susu itu tertinggal di London dan hanya dapat dihantar menerusi penerbangan seterusnya.
Sedih kecewa, kesal..sampai tak tahu apa lagi nak cakap. Bersabarlah.
Susu saya cair semua kerana perjalanan mengambil masa 15 ke 20 jam. Kerana insiden ini, tambah lagi 15 ke 20 jam untuk sampai ke rumah. Keseluruhannya lebih 30 jam.
Susu dan ice pack semuanya cair. Inilah akhir kisah susu badan dari London ke KL.
Menurut aktres berusia 31 tahun itu, dia bertambah kesal apabila pihak penerbangan hanya menawarkan private lounge yang disifatkan tidak setimpal dengan usahanya sebagai seorang ibu.
Apa yang ditawarkan kepada saya hanyalah akses kepada private lounge. Bagi saya itu langsung tak berbaloi jika hendak dibandingkan dengan perjuangan dan penat lelah saya sebagai seorang ibu yang ingin memberikan yang terbaik untuk anak.
Sumber: TikTok Tya Ariffin
The post Tya Ariffin Kesal Beg Stok Susu Badan Lewat Tiba Dari London first appeared on OHBULAN!.





