30.9 C
Kuala Lumpur
Sunday, July 12, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Saya Tak Marah Orang Jodohkan Saya Dengan Siti’ – Iqbal

    Shopee Sale

    Ahli perniagaan Iqbal Zulkefli, sama sekali tidak pernah melenting apabila ramai yang mencuba untuk menjodohkannya dengan usahawan, Siti Jamumall.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Iqbal Zulkefli Teman Siti Jamumall ‘Check Up’ Kandungan, Netizen ‘Approve’ Kalau Bersama

    MENARIK:  Intan Najuwa Akui Tertekan Urus Kafe – ‘Complain Muzik Kuat Pun Buatkan Saya Tak Boleh Tidur Malam’

    Artikel Berkaitan: Iqbal Zulkefli Tak Goda Wanita, Dedah Pernah Dilamar Artis Terkenal & VVIP – ‘Saya Tolak Dengan Baik’

    Hormati keadaan Siti

    " data-video-id="7518213285922049287" data-embed-from="oembed" style="max-width:605px;min-width:325px">
    @ahmadiqbalzulkefli

    Jelas rasanya saya dan @sitijamumall jelaskan urusan kami hal yang serius sahaja namun beribu orang doa agar dijodohkan. Apakan daya, tidak mungkin saya perlu marah-marah kerana itu bukanlah doa yang negatif. Apapun saya tetap mengharpkan Siti & Aiman berbaik kembali. Bukan wang yang utama tetapi pulihkan keadaan, demi kandungan, serta emosi Siti itu sangat penting. Saya terlintas, jika kali ini kami dapat target, kami mahu tolong orang susah berikan beras, gula, minyak masak dan keperluan asas semampu yang boleh. Tetapi tidaklah barangan mahal. Sekadar yang betul-betul keperluan sahaja. SETUJU?

    ♬ original sound – Ahmad Iqbal Zulkefli – Ahmad Iqbal Zulkefli

    Menerusi hantaran di TikTok, Iqbal atau nama lengkapnya Ahmad Iqbal Zulkefli menegaskan bahawa dia tetap menghormati status Siti yang masih lagi dalam iddah, malah berharap usahawan itu dan suaminya dapat bersatu semula.

    Saya tak marah orang jodohkan saya dengan Siti, cuma keadaan sekarang ini Siti masih dalam iddah dan saya perlu jaga banyak batas.

    Kalau ikutkan perempuan dalam iddah, make up pun tak boleh tapi disebabkan dia bekerja dan saya pun kena cepat-cepat bantu dia.

    Orang jodohkan kami itu, bukanlah satu benda yang tak baik. Apakan daya, tidak mungkin saya perlu marah-marah kerana itu bukanlah doa yang negatif.

    Apa pun saya tetap mengharapkan Siti dan Aiman berbalik kembali.

    Dalam pada itu, Iqbal bersyukur kerana usahanya membantu Siti membuahkan hasil tanpa sebarang gimik murahan.

    Bukan wang yang utama, tetapi memulihkan keadaan, demi kandungan serta emosi Siti itu yang sangat penting.

    Saya akui sekarang ini saya seolah-olah menumpang Siti, tetapi kita buat semua ini tanpa drama atau gimik.

    Komen netizen

    Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet mengagumi sikap Iqbal yang sentiasa memahami keadaan Siti, malah sudi membantunya ketika berdepan ujian besar.

    Terdahulu, tindakan Iqbal yang menemani Siti ke sebuah pusat rawatan untuk membuat pemeriksaan kandungan telah menyorot perhatian warganet sehingga mereka dikatakan pasangan yang sepadan.

    Sumber: TikTok Iqbal

    The post ‘Saya Tak Marah Orang Jodohkan Saya Dengan Siti’ – Iqbal first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah