24.7 C
Kuala Lumpur
Sunday, July 12, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Tidur Awal Subuh Di Masjid, Buat Secara Konsisten Hidup Berubah’ – Alif Satar

    Shopee Sale

    Penyanyi, Alif Satar mengajak orang ramai terutama umat Islam untuk mempratikkan amalan tidur awal pada malam hari supaya mudah untuk bangun subuh dan menunaikan solat di masjid.

    Artikel Berkaitan: ‘Saya Akan Menjiwai Identiti Jenama, Bukan Sekadar Angkat Gambar’ – Alif Satar Kongsi Prinsip Jadi Duta

    Artikel Berkaitan: Alif Satar & Faizal Tahir Anjur Program ‘Qiyam Macam Jumaat’, Suntik Kesedaran Tentang Isu Di G*za

    Amalkan subuh di masjid

    Menerusi perkongsian platform Threads, Alif, 35, berkata, dengan berbekalkan niat untuk solat subuh berjamaah di masjid, setiap perbuatan termasuk bangkit dari tempat tidur sudah memperoleh ganjaran pahala.

    Tidur awal, esok pukul 5 pagi kau nak bangun subuh di masjid. Setiap langkah kau ambil bermula daripada kau bangun dari katil itu ada pahala.

    Sebelum gerak, tahajud dulu, doa waktu itu seperti panah yang tidak tersasar daripada sasarannya.

    Alif juga berpesan untuk memperbanyakkan amalan bersedekah biarpun nilai yang diberikan tidak banyak.

    MENARIK:  Jofliam, Dewi Sah Bergelar Suami Isteri

    Jelas pelantun lagu Jangan Nakal itu, dengan mengamalkan amalan tersebut secara berkala, akan ada keajaiban yang bakal berlaku dalam hidup

    Kau sampai masjid, kau hirup udara segar, rasa tenang je. Langit masih gelap, tapi cerah cahaya bulan.

    Masya-Allah, sedekah tabung masjid jangan lupa, seringgit pun tidak mengapa. Kau buatlah ini secara konsisten, lepas itu tengok apa yang jadi. Hidup berubah.

    Sumber: Threads

    The post ‘Tidur Awal Subuh Di Masjid, Buat Secara Konsisten Hidup Berubah’ – Alif Satar first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah