30.8 C
Kuala Lumpur
Monday, May 4, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘The Voice of Hind Rajab’ Papar Rakaman Sebenar Panggilan Terakhir Kanak-Kanak Berdepan Detik Cemas Di Bumi Gaza

    Shopee Sale

    Filem The Voice of Hind Rajab membawa penonton menyusuri detik-detik akhir seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun bernama Hind Rajab, yang terperangkap di dalam sebuah kereta di tengah konflik peperangan.

    Ia adalah sebuah kisah yang tidak dicipta tetapi direkodkan oleh sejarah. 

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] PU Rahmat Dedah Diarah Berb*gel Tiga Kali’ – ‘Mereka Tanya, Saya Buat Lawak Saja’

    Artikel Berkaitan: PU Rahmat Dedah Sebab Buang Telefon Ke Laut Sekiranya Dikepung – ‘Mereka Akan Sedut Maklumat & Kacau Keluarga Kami’

    Hind Rajab

    Filem ini berasaskan peristiwa sebenar pada 29 Januari 2024, apabila sukarelawan Palestine Red Crescent menerima satu panggilan kecemasan daripada seorang kanak-kanak perempuan yang tersepit antara hidup dan mati. 

    Di hujung talian, Hind menceritakan kedudukannya, siapa yang bersamanya, keadaan kereta yang ditembusi tembakan, dan kereta kebal yang semakin menghampiri.

    Filem ini menggunakan rakaman panggilan kecemasan sebenar tanpa suntingan dan tanpa lakonan. The Voice of Hind Rajab tampil sebagai sebuah memorial audio visual yang menghiris perasaan dengan bersandarkan kejadian sebenar.

    The Voice of Hind Rajab tidak menayangkan keganasan secara visual, sebaliknya memilih pendekatan psikologi dan kemanusiaan. 

    Dalam masa sama, ia menumpukan kepada tekanan emosi para petugas kecemasan, dan ketidakberdayaan mereka di apabila jarak, masa serta keadaan menjadikan bantuan kepada kanak-kanak itu menemui jalan buntu. 

    Bagi mereka yang tidak mengetahui situasi sebenar, filem ini membuka ruang kepada penonton untuk membuka mata tentang realiti di bumi Gaza.

    Sementara itu, pelakon utama Motaz Malhees, berkongsi harapannya terhadap kesan yang ingin ditinggalkan filem ini kepada penonton.

    Saya berharap penonton pulang dengan renungan dan satu soalan dalam hati tentang apa yang boleh kita lakukan supaya perkara seperti ini tidak berulang.

    Setiap kanak-kanak berhak untuk diselamatkan. Kadangkala, tindakan yang kecil mampu membawa perubahan yang besar.

    Kesedaran kepada dunia 

    View this post on Instagram

    A post shared by Primeworks Studios Film (@primeworksstudios.film)

    Diiktiraf di peringkat antarabangsa, The Voice of Hind Rajab mencatat pencapaian besar apabila memenangi Silver Lion Grand Jury Prize di Venice International Film Festival 2025, selain tersenarai dalam Top 15 bagi kategori Best International Feature Film di Academy Awards ke-98 (2026). 

    MENARIK:  Elizad Tertekan! Keputusan Perkahwinan Dipersoal, Tidak Dapat Zuriat Jadi Beban Jiwa?

    Filem ini turut mendapat sokongan penerbit eksekutif tersohor termasuk Brad Pitt dan Joaquin Phoenix, mengukuhkan lagi kedudukannya sebagai karya kemanusiaan yang melangkaui sempadan politik dan geografi, lantaran tentang kemanusiaan sejagat.

    Usaha mempromosikan The Voice of Hind Rajab turut digerakkan menerusi kempen Hind Rajab: Suara Terakhir, hasil kerjasama strategik bersama MERCY Malaysia, dengan sokongan Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin dan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia sebagai satu inisiatif kemanusiaan yang menyeru empati dan kesedaran.

    Kempen ini diperkasakan menerusi advokasi kesedaran yang dipandu oleh tiga suara utama kempen iaitu Zainal Rashid Ahmad (ZRA), Ahmad Fedtri Yahya dan Uyaina Arshad.

    Turut menyokong sebagai kolaborator kempen ialah Heliza Helmi, Hazwani Helmi, Nadzmi Adhwa, Ardell Aryana, Farah Lee, Nine Phyne Ballerz, Elliza Razak serta pasukan Media TV3 termasuk Irin Putri, Mior Malek, Saree Abdullah, Fahiz Ariff dan Amirulhakim Lokman, sekali gus menjadikan kempen ini bukan sekadar gerakan media sosial, tetapi ia adalah suara nasional yang berteraskan kemanusiaan.

    Sebagai simbol empati dan solidariti, Media Prima akan menyumbangkan RM1.00 daripada bahagiannya bagi setiap tiket yang terjual kepada Tabung Kemanusiaan Palestin Media Prima.

    The Voice of Hind Rajab akan ditayangkan di pawagam terpilih bermula 8 Januari 2026.

    Untuk perkembangan terkini dan kandungan eksklusif The Voice of Hind Rajab, ikuti kami di Facebook, Instagram, X dan YouTube Primeworks Studios.

    The post ‘The Voice of Hind Rajab’ Papar Rakaman Sebenar Panggilan Terakhir Kanak-Kanak Berdepan Detik Cemas Di Bumi Gaza first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah