Suami kepada usahawan, Kieda Crepe iaitu Hilmi Zaki akan memastikan isterinya tidak lagi memuat naik konten kurang bermanfaat dalam media sosial.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Kieda Crepe Dijangkiti Virus Herpes – ‘Bibir Naik Biji & Kebas’
Artikel Berkaitan: ‘Semoga Jadi Diri Sendiri, Tak Fake & Tak Makan Kawan’ – Kieda Crepe
Tapis konten

Hilmi atau mesra disapa Amy mencadangkan agar Kieda memperbanyakkan perkongsian tentang perniagaan dan masakan daripada menghasilkan kandungan berunsur jenaka semata-mata.
Saya akan didik Kieda untuk jadi lebih manja dan tidak mahu lagu timbul isu bodoh serta tidak berfaedah.
Selepas ini kami akan banyakkan konten berniaga sebab kami usahawan. Kalau lepas ini Kieda buat video melawak saya tampar tangan.
Saya pesan dengan Kieda, nak melawak boleh tapi jangan rakam. Kami di rumah berlawak lagi kasar.
Amy berkongsi perkara itu ketika melakukan sesi siaran langsung di TikTok bersama Kieda, baru-baru ini.
Dalam pada itu, Amy sekali lagi memohon maaf kepada orang ramai yang berasa kurang senang dengan konten sebelum ini sehingga mengundang tohmahan netizen.
Saya ada cara untuk mendidik Kieda. Daripada pihak saya dan isteri, kami berdua minta maaf kepada semua.
Minta semua doakan yang baik-baik untuk kami berdua. Apabila berlaku isu begini, merupakan pembelajaran baharu untuk kami.
Baru-baru ini, Kieda memuat naik sepotong video dengan mendedahkan bahawa dia mengalami jangkitan herpes simplex selepas bibirnya dipenuhi bintik kecil.
Kieda berseloroh mengaitkan jangkitan tersebut dengan kebersihan alat kelamin suaminya, sekali gus mengundang pelbagai reaksi daripada netizen.
Sumber: TikTok
The post ‘Lepas Ini Kieda Buat Konten Melawak, Saya Tampar Tangan’ – Suami first appeared on OHBULAN!.





