Hantaran pelakon Isa Khan sekali lagi menyorot perhatian apabila menyentuh tentang pemakaian wanita beragama Islam di Malaysia.
Artikel Berkaitan: ‘Di Akhir Zaman Ini, Suami Yang Sujud Pada Isteri’ – Isa Khan
Artikel Berkaitan: ‘Boleh Tak Berhenti Masuk Campur Hal Orang, Baik Kau Tengok Balik Solat Dah Cukup Ke Belum’ – Isa Khan
Wanita Islam

Menerusi ciapan di Threads, Isa atau nama sebenarnya Mohammad Fara Aidid Ali Dad Khan, dilihat seolah-olah memberi teguran kepada wanita Islam.
Menurutnya, kebanyakan wanita yang beragama Islam tidak mengenakan pakaian mengikut syariah.
80 peratus wanita islam di Malaysia berpakaian, tapi telanjang.
Bagaimanapun, hantaran itu meraih perhatian warganet yang kurang senang dengan kenyataan pelakon berusia 32 tahun itu.
Kebanyakan netizen menegur agar Isa membimbing isterinya, Nur Risteena Munim, supaya menutup aurat sepenuhnya terlebih dahulu.
Isa Khan suami kepada Risteena, abang ipar Ruhainies.
Main media sosial sekarang kena tengok kiri kanan depan belakang, takut terkena batang hidung sendiri.
Reaksi netizen




Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meminta agar Isa berhati-hati dalam memberi sebarang kenyataan di media sosial. Selain itu, terdapat warganet yang bersetuju dengan caranya yang dianggap berdakwah secara halus.
Sumber: Threads @ayaaabdl_
The post Hantaran Isa Khan Undang Perdebatan, Netizen Titip Pesanan Bimbing Isteri Jaga Aurat first appeared on OHBULAN!.





