25.4 C
Kuala Lumpur
Monday, September 21, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Tercalon Top 5 Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Di FFM33, Syafiq Kyle Anggap Berkat Usaha Hasil Kerja Berpasukan

    Shopee Sale



    Pelakon muda berbakat besar, Syafiq Kyle menyifatkan pencalonannya sebagai Top 5 Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik di Anugerah Festival Filem Malaysia ke-33 (FFM33) sebagai satu pengiktirafan besar dalam perjalanan karier seninya.

    Filem Sheriff

    Syafiq yang tercalon menerusi filem Sheriff bersaing dengan empat calon hebat iaitu Wan Azli (Pagari Bulan), Sharnaaz Ahmad (Polis Evo 3), Kahoe Hon (Victims), dan Jack Tan (Abang Adik). Syafiq atau nama sebenarnya Mohd Syafiq Shamim Abdul Razak, 32, bagaimanapun tidak mahu meletakkan harapan yang terlalu tinggi untuk membawa pulang trofi berprestij itu.

    Saya bersyukur dengan pencalonan ini, tetapi enggan terlalu berharap kerana bagi saya sudah tersenarai sebaris dengan nama-nama hebat lain sudah menjadi kemenangan peribadi. Pencalonan ini adalah satu penghormatan kepada semua yang terbabit dalam penghasilan filem Sheriff. Mereka adalah kekuatan di sebalik watak yang saya jayakan.

    Semua ini adalah hasil kerja berpasukan. Tanpa mereka, saya tidak akan sampai ke tahap ini.

    Menurut Syafiq, dia melihat pencalonannya itu sebagai pemangkin untuk terus memberikan yang terbaik dalam karya-karyanya yang akan datang.

    Saya mahu terus belajar dan mencabar diri untuk menghasilkan lakonan yang lebih berkualiti. Saya mahu menjadikan malam anugerah itu sebagai satu detik untuk meraikan industri kita, bukan hanya soal menang atau kalah.

    Walaupun dikelilingi perhatian atas pencalonannya, Syafiq memilih untuk kekal fokus kepada perjalanan kariernya tanpa terlalu terikat dengan isu kemenangan.

    Bagi saya, setiap peluang yang diberikan untuk berkarya adalah kemenangan sebenar. Saya mahu terus memberi yang terbaik tanpa terlalu memikirkan anugerah.

    MENARIK:  Haneesya Hanee Beri Ibu Kad Bank, Bebas Guna Bila-Bila Masa – ‘Duit Saya Adalah Duit Mommy Juga’

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah