26.4 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 2, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Tang Guo Dedah Pernah Ambil Masa Tiga Minggu Hasilkan Konten Video Berdurasi 4 Minit

    Shopee Sale



    Tang Guo

    Pemenang Food Creator Of The Year di anugerah TikTok Awards Malaysia 2024, Tang Guo mendedahkan dia pernah mengambil masa sehingga tiga minggu untuk menghasilkan sebuah konten berdurasi empat minit.

    Tiga minggu proses

    Tang Guo

    Menurut Tang Guo, konten tersebut adalah cara pembuatan coklat yang dihasilkan daripada koko asli.

    Ada satu video bagaimana cara-cara membuat coklat saya ambil masa sehingga tiga minggu untuk hasilkan. Video itu hanya berdurasi empat minit sahaja.

    Dalam video berkenaan, saya tunjuk daripada proses awal membuat coklat menggunakan koko.

    Sebab nak tunggu koko itu kering dan melakukan langkah-langkah seterusnya. Itu paling lama.

    Meskipun konten yang dihasilkan agak rumit, namun Tang Guo akui seronok dan bersemangat untuk menyajikan lebih banyak video memasak kepada pengikutnya.

    Buat konten begini (memasak) bukan mudah, tetapi saya akan teruskan konten sebegini kerana saya suka dan rasa seronok.

    Berkongsi mengenai perasaan memenangi kategori Food Creator Of The Year, Tang Guo bersyukur dan mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah mengundi.

    Terima kasih kepada semua pengikut yang mengundi saya sehingga berjaya memenangi kategori ini.

    Saya berharap konten yang saya buat secara tidak langsung dapat mempromosikan makanan tempatan ke luar negara.

    MENARIK:  Terima Lebih Daripada 300 Resume, Kool 101 Bersama Media Prima Berhad Buka Lebih Banyak Peluang Pekerjaaan

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah