25.3 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 30, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Tanda Kemenangan di Big Stage: Nadeera Buat Doa Selamat Di Kampung

    Shopee Sale



    nadeera

    Penyanyi, Nadeera pulang ke kampung ibunya di Kota Bharu, Kelantan untuk menyambut lebaran bersama keluarga.

    Sederhana namun meriah

    nadeera

    Ketika ditemui pemilik nama sebenar Farah Nadeera Zaini berkata persiapan hari raya tahun ini adalah secara bersederhana sahaja.

    Dalam dua tahun juga tak balik ke Kelantan, tahun lepas saya beraya di Johor.

    Untuk kali ini saya menyambut raya sekadar bersederhana sahaja macam tahun-tahun lepas juga.

    Bagaimanapun, penyanyi berusia 31 tahun itu berkata aidilfitri tahun ini akan disambut meriah berikutan sepupu terdekatnya bakal melangsungkan perkahwinan.

    Yang paling saya teruja adalah sepupu saya akan berkahwin pada raya keempat. Jadi semua saudara mara akan balik.

    Saya rasa tahun ini sambutannya agak meriah di kampung.

    Nadeera berkata demikian pada majlis pelancaran single terbaharu berjudul Balik Raya, hasil kolaborasi bersama Indah Ruhaila dan Wani Kayrie yang berlangsung di Pavilion Bukit Jalil baru-baru ini.

    MENARIK:  Tips Untuk Penghidap Anxiety Ketika Beraya! Hadkan Tempoh Ziarah & Kurangkan Layan Ramai Orang

    Dalam pada itu, Nadeera memaklumkan bahawa dia akan mengadakan majlis kesyukuran di kampung halaman di atas kejayaannya merangkul gelaran juara Big Stage musim ke-5.

    Mungkin saya akan buat doa selamat di atas kemenangan Big Stage tempoh hari.

    Alang-alang jumpa ramai ahli keluarga di Kelantan, saya buat sekali.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah