Anak kepada pelawak Shuib iaitu Talita melecur di bahagian mata, pipi dan pergelangan tangan akibat terkena minyak panas ketika memasak di dapur.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Talita Lupakan Hasrat Sambut ‘Birthday’ Di Sunway Lagoon Demi Mummy Watie – ‘Anak Yang Memahami Situasi’
Artikel Berkaitan: Shuib Kongsi Video Reaksi Pertama Kali Tahu Watie Hamil, Anak-Anak Melompat Kegembiraan – ‘Namanya Bintang Anak Makkah’
Melecur

Perkara itu dikongsikan oleh ibu tirinya, Watie Hanifiah menerusi media sosial yang turut memuat naik gambar terkini Talita.
Menurut pemilik nama Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah, 37, dia tidak pernah menghalang anak-anaknya untuk mencuba resipi baharu di dapur.
Bagaimanapun, kejadian yang tidak dijangka itu membuatkannya dia berpendapat anak-anak sepatutnya hanya membantu dalam tugas-tugas ringan.
Kejadian malam tadi (Rabu), anak-anak mummy semuanya rajin ke dapur dan semuanya suka memasak selain suka mencuba resepi baharu.
Tapi sebab kan inilah yang buat mummy jarang nak bagi anak-anak tolong mummy masak. Paling pun mummy suruh tolong basuh pinggan saja.
Dengar Talita meraung mummy pun jadi panik, menggeletar sampai tidak tahu nak buat apa dulu.
Perangai sama

Bercerita mengenai insiden itu, Watie berkata sikap Talita ketika dilanda musibah seakan-akan mirip dengannya.
Kata Watie, dalam situasi cemas itu dia sering mengingati kesalahan apa yang membuatkan dirinya diuji dengan dahsyat.
Dalam pada Talita meraung, menangis mulut dia tidak henti bertanyakan dia ada buat dosa dengan mummy dan daddy ke?
Talita anak yang baikkan mummy? Kenapa Allah bagi Talita rasa sakit? Talita ada sakitkan hati sesiapa ke?
Bila dengar dia cakap macam itu saya rasa memang sama dengan perangai saya.
Sementara itu, Watie turut memohon agar orang ramai mendoakan kesembuhan Talita.
Sumber: Threads
The post Talita Melecur Di Mata, Pipi & Pergelangan Tangan Terkena Minyak Panas first appeared on OHBULAN!.





