30.2 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 20, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Tak Perlu But*hurt Bila Orang Share Pengalaman’ – Syasya Rizal 

    Shopee Sale

    Penyanyi Syasya Rizal memberi respon terhadap warganet yang melemparkan komen negatif terhadapnya.

    Artikel Berkaitan: Syasya Rizal Rasa Berdosa, Tidak Sengaja Doa Suami Demam – ‘Mulut Isteri Memang Masin’

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Syasya Rizal Beri Respon, Nafi Goncang Anak Secara Kuat Dalam Video TikTok

    Kongsi momen 

    View this post on Instagram

    A post shared by ✨ SYASYA RIZAL ✨ (@syasya.rzl)

    Menerusi hantaran di Threads, Syasya atau nama lengkapnya Norsyasya Afiqah Shahrizal mendedahkan antara komen-komen yang diterima.

    ‘So nak kena buat apa dengan cerita ni?’

    ‘Lah, itu pun nak bagitahu?’

    Menurut Syasya, setiap hantaran yang dimuat naik di media sosial hanyalah sekadar perkongsian yang mungkin boleh memberi faedah kepada segelintir individu.

    Tak perlu butthurt (tersinggung) bila orang share pengalaman di media sosial. 

    Kalau tak manfaatkan awak, mungkin ia bermanfaat untuk orang lain. Itu namanya sharing moments.

    Doa isteri 

    Sementara itu, Syasya turut menerima pelbagai komen berkenaan hantarannya sebelum ini iaitu mengenai doa isteri kepada suami. 

    MENARIK:  Pereka Fesyen Jadikan Siti Nurhaliza Sebagai Inspirasi Cipta Lagu ‘Si Gadis Lebaran’ – ‘Beliau Bintang Yang Sentiasa Memartabat Budaya Melayu’

    Tambah ibu kepada seorang anak itu, dia yakin doa seorang isteri adalah antara doa yang dimakbulkan.

    Dan tentang doa isteri, bukan saya yang pandai-pandai cakap, dalam hadis sendiri jelas doa seorang isteri untuk suaminya itu mustajab. 

    Jadi kenapa nak persoalkan sesuatu yang sudah Allah muliakan?

    Terdahulu, menerusi perkongsian di media sosial, bekas anggota kumpulan Dolla itu memberitahu bahawa dia tidak senjaga mendoakan kesakitan suaminya.

    Syasya akui, dia berasa berdosa terhadap suaminya apabila mengeluarkan kata-kata yang negatif.

    Ujar Syasya, dia hanya bergurau ketika terasa hati dengan sikap suami sepanjang keadaan dirinya tidak sihat.

    Sumber: Threads 

    The post ‘Tak Perlu But*hurt Bila Orang Share Pengalaman’ – Syasya Rizal  first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah