27.7 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 17, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Syed Saddiq Buka Pintu Kereta Untuk Bella, Netizen Puji Gentleman – ‘Ada Ke Lelaki Macam YB Dalam Beg Kuning?’

    Shopee Sale

    Layanan sopan dan beradab Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman kepada penyanyi dan pelakon, Bella Astillah mencuri perhatian ramai.

    Artikel Berkaitan: Syed Saddiq Buat Rawatan Lasik, Netizen Seloroh – ‘Muka Pertama YB Tengok Lepas Rawatan Mesti Bella Kan?’

    MENARIK:  Lelaki Mengkritik Azlee Senario Kerana Tidak Bersyukur Dengan Tawaran RM500 Sehari, Rakan Netizen Membela – 'Seharusnya Dihargai Lebih'

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ustaz Azhar Idrus Usik Syed Saddiq Soal Jodoh – ‘Bila Nak Berdua..Orang Mana?’

    Gentlemannya YB

    " data-video-id="7508672009702804744" data-embed-from="oembed" style="max-width:605px;min-width:325px">
    @kiranasuedelisya

    Sweet like always ☺☺ #bass #teambass#vitaminbass #syedsaddiq #bellaastillah #syedsaddiqbellaastillah #ybsyedsaddiq

    ♬ original sound – keyyan@kyss – keyyan@kyss

    Menerusi sebuah video yang dikongsikan di TikTok, kelihatan Saddiq, 33, mengiringi Bella atau nama penuhnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 31, ke arah kenderaan mereka. 

    Namun, apa yang paling mencuri tumpuan adalah tindakan spontan Saddiq yang membukakan pintu kereta untuk Bella, sebelum menutupnya kembali dengan penuh cermat. Saddiq kemudian dilihat berjalan menuju ke tempat duduk penumpang.

    Difahamkan, Saddiq tidak memandu kenderaan tersebut kerana baru sahaja menjalani prosedur rawatan lasik.

    Tindakan tersebut membuatkan ramai netizen tersentuh melihat keprihatinan yang ditunjukkan oleh bekas Menteri Belia dan Sukan itu.

    Ruangan komen di TikTok dibanjiri dengan pujian dan gurauan manja daripada netizen yang rata-ratanya memuji tindakan Saddiq yang disifatkan sebagai seorang ‘gentleman’ dan mempunyai love language jenis ‘act of service’.

    Ni YB baru siap buat lasik, tu yang Bella drive. Tahu pun sebab parking khas tu dekat KPJ.

    Ada ke lelaki macam ni dekat beg kuning?

    Dia dipatahkan berkali-kali, akhirnya dapat macam ni. Memang pelangi selepas hujan tu wujud.

    Ada stok tak lelaki spec macam ni? Nak order satu sebab sebelum ni terbeli yang rosak.

    Bella,kalau Syed Saddiq ni jadi husband Bella. Bella akan fall in love dengan dia setiap saat, he’s very gentlemen. Apa-apa pun dia buat dia akan fikir Bella dulu.

    Setakat ni selebriti yang paling gentleman adalah YB.

    Sumber: TikTok

    The post Syed Saddiq Buka Pintu Kereta Untuk Bella, Netizen Puji Gentleman – ‘Ada Ke Lelaki Macam YB Dalam Beg Kuning?’ first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah