34.6 C
Kuala Lumpur
Friday, May 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Syazwan Razak Nafi Tumpang Populariti Syafiq Kyle, Jemu Selalu Dibandingkan – ‘Itu Pembakar Semangat Untuk Jadi Lebih Baik’

    Shopee Sale

    Pelakon meningkat naik, Syazwan Razak menafikan dakwaan kononnya dia menumpang populariti abangnya, Syafiq Kyle untuk meraih perhatian atau mempermudahkan langkahnya dalam industri seni.

    Artikel Berkaitan: Syazwan Razak & Athalia Berganding Dalam Siri Original Pertama MYTV Berjudul ‘BF Green Flag’

    Artikel Berkaitan: Syazwan Razak Tak Ambil Hati Wajah Dipersoal Tidak Setampan Syafiq Kyle – ‘Tak Terfikir Nak Jadi Macam Dia’

    Syazwan tak tumpang populariti Syafiq Kyle

    Ketika ditemui , Syazwan akui jemu apabila sering dibandingkan dengan abangnya yang juga seorang aktor iaitu Syafiq Kyle.

    Dia menjelaskan bahawa setiap individu mempunyai cara tersendiri dalam lakonan dan tidak sepatutnya dibandingkan secara langsung. 

    Kalau betul saya nak menumpang populariti dia, dah lama saya buat. 

    Dari dulu lagi memang orang suka bandingkan saya dengan abang (Syafiq Kyle) tapi bagi saya perkara itu terletak pada individu untuk menilai cara lakonan kami.

    Saya tidaklah meniru cara lakonan dia sebab saya pun ada cara saya sendiri dalam bidang lakonan.  

    Bagaimanapun, pelakon drama BF Green Flag ini berkata, dia mengambil erkara itu sebagai motivasi untuk meningkatkan kualiti lakonan dan membuktikan kebolehannya.

    Tipulah kalau kata saya tak fed-up bila selalu dibandingkan tapi saya ambil perkara itu sebagai pembakar semangat untuk jadi lebih baik.

    Saya pun masih baru dalam industri, mungkin ramai lagi yang tak tahu kewujudan saya. Mungkin ada juga yang tak tahu, saya dan Syafiq adik-beradik, tapi saya tak kisah. 

    Tapi bagi mereka yang tahu kami adik-beradik, agak goyah untuk saya bimbang mereka letakkan benchmark yang tinggi kepada saya.

    Dalam perkembangan lain, Syazwan bersama beberapa pelakon seperti Athalia, Dottie, Dafi, Uchee Fukada, Azhan Rani, Ryan Bakery, Adriana Adnan membintangi drama BF Green Flag.

    MENARIK:  ‘Bidaah’ Drama Paling Popular Di Penstriman Malaysia & Indonesia

    Drama terbitan Astra Entertainment ini bakal menemui penonton pada setiap Khamis bermula hari ini pukul 12 tengah hari menerusi platform MYTV Mana Mana

    The post Syazwan Razak Nafi Tumpang Populariti Syafiq Kyle, Jemu Selalu Dibandingkan – ‘Itu Pembakar Semangat Untuk Jadi Lebih Baik’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah