Ramai yang mempercayai sup ketam boleh membantu dalam merawat demam denggi dan ini adalah satu kepercayaan yang diwarisi secara turun-temurun.
Artikel Berkaitan: Bekam: Terapi Semula Jadi Berasaskan Sunnah & Kesihatan
Artikel Berkaitan: Alami Penyakit Kulit Ayam Pada Tangan & Badan? Kenali Punca & Cara Atasi Keratosis Pilaris
Tiada bukti saintifik

Namun, hakikatnya, perkara ini hanyalah mitos dan berpunca daripada anggapan bahawa ketam mengandungi nutrien tertentu yang mampu meningkatkan antibodi seseorang.
Dari sudut perubatan moden, tiada bukti saintifik yang mengesahkan bahawa sup ketam mampu merawat atau menyembuhkan demam denggi secara langsung.
Penyebaran kepercayaan palsu tentang keberkesanan sup ketam boleh membahayakan, kerana ia akan menyebabkan pesakit menunda atau mengabaikan rawatan perubatan yang sebenar.
Dalam kes demam denggi, tindakan segera sangat diperlukan dengan mendapatkan rawatan awal di hospital dan menerima cecair intravena yang diperlukan bagi mengurangkan risiko komplikasi serius atau kematian.
Walaupun begitu, penggunaan bahan dalam masakan seperti sup ketam tidak dilarang, tetapi pakar perubatan dan Kementerian Kesihatan Malaysia menekankan bahawa ia tidak boleh menggantikan rawatan hospital.
Sup ketam hanya sesuai dijadikan pelengkap rawatan perubatan dan berperanan sebagai sumber nutrisi tambahan, bukan rawatan utama untuk demam denggi.
Sumber: Hello Doktor
The post Sup Ketam Boleh Merawat Demam Denggi? Mitos Atau Fakta? Ini Jawapannya first appeared on OHBULAN!.





