30.8 C
Kuala Lumpur
Sunday, July 26, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Sudah Dijodohkan Saya Dengan Dia, Saya Terima Tapi Jodoh Kami Tak Panjang..’ – Fattah Amin

    Shopee Sale



    Pelakon Fattah Amin mengakui reda dengan takdir dan ketentuan Allah SWT membabitkan keretakan rumah tangganya dengan isteri, Nur Fazura.

    ‘Sudah dijodohkan saya dengan dia, saya terima’

    Ketika ditemui OhBulan, Fattah atau nama lengkapnya Abdul Fattah Mohd Amin berkata, dia sama sekali tidak menyesal berkahwin dengan Fazura sebaliknya menganggap mereka berdua tidak berjodoh.

    Kita tidak tahu jodoh kita, dengan siapa yang kita akan jumpa. Sudah dijodohkan saya dengan dia, saya terima. Tetapi Allah sudah tetapkan jodoh kami tak berpanjangan, sampai di situ sahaja.

    Meskipun reda dengan keputusan perceraian tersebut namun Fattah meminta orang ramai mendoakan yang terbaik buat dirinya.

    Saya reda. Namun doakan yang terbaik untuk saya.

    Sementara itu, apabila ditanya sama ada akan meneruskan untuk memujuk Fazura, Fattah berkata kedua-dua pihak seharusnya memainkan peranan dalam usaha untuk pujuk-memujuk.

    Kita tengoklah macam mana sebab usaha pujuk ini tak jadi kalau cuma di sebelah pihak sahaja.

    Dia kena ada usaha daripada dua belah pihak. Saya juga masih sayangkan dia sebagai seorang insan yang pernah hadir dalam hidup.

    Terdahulu, Fattah dan Fazura dah bercerai talak satu sekitar pujul 9.45 pagi pada Isnin.

    MENARIK:  Polis Peronda Kembali Dengan Musim Baharu! – ‘Lebih Banyak Aksi, Konflik & Cabaran’

    Lafaz itu tersebut dibuat di hadapan Hakim Syarie, Abdul Malik Soleh.

    Untuk rekod, Fazura dan Fattah mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017.

    Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Nur Fatima Aisya, 4 tahun.

    Video

    " data-video-id="7422887712404802832" style="max-width: 605px;min-width: 325px;">
    @official Fattah doakan yang terbaik untuk Fazura ?# #fyp #news #fattah #doakan #terbaik #untuk #fazura ? original sound – OHBULAN!

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah