27.3 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 2, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Suami Tak Buat Perangai Saya Dah Happy’ – Siti Elizad

    Shopee Sale

    Pelakon, Siti Elizad mengakui antara nikmat terbesar dalam rumah tangganya adalah memiliki seorang suami yang sangat tenang.

    Artikel Berkaitan: Siti Elizad Terkilan Suami Dikutuk, Dedah Rumah Tangga Bahagia Cara Sendiri – ‘Hidup Kami Tak Berlumba Dengan Orang Lain’

    Suami yang tenang

    Elizad, 41, berkata, sepanjang melayari bahtera perkahwinan bersama Shamsul Baharin, dirinya langsung tidak pernah berasa curiga atau risau setiap kali suaminya keluar rumah.

    Saya kahwin pun lambat. Dari awal saya doa pada Allah, kalau jumpa seorang lelaki yang masuk meminang dan kahwin dengan saya, saya takkan susahkan dia.

    Apabila Allah jumpakan saya dengan lelaki yang setenang-tenang manusia, saya rasa itu dah cukup besar untuk saya.

    Bila dia keluar rumah, saya tak terfikir pun dia nak pergi makan dengan siapa, keluar dengan siapa, tengah WhatsApp siapa. Langsung tidak pernah terfikir begitu. Itu yang buat saya tenang.

    Elizad berkata demikian ketika ditemui pada sesi fotografi drama Perempuan Tidak Ternikah di Balai Berita Bangsar, baru-baru ini.

    Tambah Elizad, ketenangan yang diberikan suaminya itu jauh lebih bernilai berbanding wang ringgit atau kemewahan.

    Saya tengok pengalaman kawan-kawan yang suami berduit, ada yang risau setiap kali suami keluar sebab pernah ada rekod buruk. Allah bagi yang suami tenang, saya tak minta lebih. Suami tak buat perangai pun saya dah happy.

    Saya dah terbiasa streetwear. Kalau tiba-tiba nak pakai handbag mahal, tunjuk-tunjuk, itu bukan saya. Orang nanti cakap saya wannabe. Jadi saya memang tak meminta-minta.

    Saya juga lebih suka bekerja. Di rumah saya sunyi. Orang lain ada anak, saya tak ada anak. Jadi bila duduk rumah, rasa suram. Lebih baik saya bekerja supaya tak teringat-ingat.

    Kawan-kawan cakap saya patut bersyukur sebab mereka serabut dengan anak-anak. Tapi bagi saya bunyi bising tu meriah sebenarnya. Apa pun Allah sudah atur cantik perjalanan hidup kita semua.

    Selian Elizad, Perempuan Tidak Ternikah turut dibintangi Yusuf Baharin, Ali Reza, Puteri Aisyah dan ramai lagi.

    MENARIK:  ‘Keadaan Makin Teruk, Berhalusinasi & Merungut Nak Balik Rumah’ – Zahirah Macwilson Reda Jika Nenek ‘Pergi’

    The post ‘Suami Tak Buat Perangai Saya Dah Happy’ – Siti Elizad first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah