34.6 C
Kuala Lumpur
Friday, May 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Staf Fazura Beri Amaran Kepada Penyondol? – ‘Segala Video Pengakuan & Bukti Aktiviti Tidak Bermoral Kau Sudah Di Hantar’

    Shopee Sale



    Nur Fazura

    Seorang individu dipercayai pekerja kepada pelakon Nur Fazura memberi amaran kepada wanita yang didakwa menjadi punca keretakan rumah tangga aktres itu sehingga membawa kepada ambang perceraian.

    Amaran!

    Nur Fazura

    Individu itu berkata, dia mempunyai segala bukti dalam bentuk video berhubung kesalahan dan aktiviti tidak bermoral yang dilakukan wanita terbabit.

    Malah, dia meminta wanita itu untuk berhenti memutar belit cerita yang tidak benar.

    Puas hati kau sekarang perempuan? Merosakkan rumah tangga orang? Ingat! Video segala pengakuan kau, pengakuan di whatsapp, gambar ‘hidden’ apa yang berlaku luar dan dalam di hati kejadian serta segala aktiviti tidak bermoral sudah di hantar ke tempat sepatutnya.

    Tak perlu lagi cipta kau hanya tempat mengadu sahaja. Pandai putar belit ya. Wow! Kau memang hebat dalam bab bab jadi ‘play victim’.

    Dalam pada itu, individu berkenaan juga meminta segelintir pihak untuk tidak mempercayai cerita di sebelah pihak sahaja.

    Sekumpulan yang rajin menghentam sebab dengar satu pihak sahaja, hati-hati la. Tak perlu nak buat isu lain untuk sembunyikan kebenaran.

    Hanya yang tahu sahaja tahu kejadian sebenar! Yang bodoh sahaja tahu kejadian orang bodoh punya cerita. Nampak sangat naif itu. Kalau nak spotlight sangat, nanti aku hantar lampu shooting.

    Terdahulu, media melaporkan Fazura sudah memfailkan cerai terhadap suami, aktor Fattah Amin di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Shah Alam, pada Jumaat.

    MENARIK:  [VIDEO] Fattah Amin Pilih Wanita Bijak Berbanding Cantik, Netizen Komen – ‘Dia Tahu Beauty Tak Ke Mana’

    Bagaimanapun, butiran terperinci mengenai kes tersebut masih tidak didedahkan.

    Sekadar info, Fazura dan Fattah mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan cahaya mata perempuan, Nur Fatima Aisya yang kini berusia empat tahun.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah