
Aktres Aprena Manrose, 32, menyorot perhatian ramai selepas memuat naik gambar berseorangan tanpa kelibat suami, Mohd Afiq Hazman ketika menyambut Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini.
Kekok raya sorang

Menerusi perkongsian di Instagram, pemilik nama Wan Syahera Putri Aprena Wan Syahman mengakui dia berasa sedikit janggal kerana meraikan Syawal berseorangan.
Rasa kekok raya berseorangan, tetapi saya akan terbiasa dengannya, Insya-Allah.
Maaf lambat sikit, raya dulu baru kamu semua. Selamat Hari Raya, maaf zahir dan batin semua.
Tidak dinafikan, kapsyen tersebut menimbulkan spekulasi dalam kalangan warganet hingga mendakwa pelakon Tiada Arah Jodo Kita itu bercerai.
Menjengah ke ruangan komen, terdapat individu bertanya tentang status terkini Aprena.
Hasil semakan di mendapati Aprena tidak lagi mengikuti akaun IG suaminya itu.
Sekadar info, sebelum ini Aprena mendirikan rumah tangga dengan Afiq pada 2016 dan belum dikurniakan anak.
Komen netizen






