30.8 C
Kuala Lumpur
Friday, May 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Skim Masa Penggunaan (ToU) Terus Memacu Penjimatan Pelanggan Dalam Prestasi Suku Ketiga TNB 2025

    Shopee Sale

    Kredit: Business Today Malaysia

    Tenaga Nasional Berhad (TNB) terus memperkukuh kedudukannya sebagai penyedia tenaga utama negara dengan memberi tumpuan kepada pemerkasaan pelanggan, pembangunan komuniti dan kelestarian tenaga untuk jangka panjang.

    Komitmen ini dizahirkan melalui peningkatan penggunaan Skim Masa Penggunaan (Time of Use, ToU), peluasan meter pintar, kemudahan digital serta usaha memperkukuh infrastruktur grid.

    ToU menjadi pilihan utama pelanggan, lebih 70,000 sudah beralih

    Sejak ToU diperkenalkan kepada pelanggan domestik pada 1 Julai 2025, semakin ramai isi rumah memilih untuk mengurus bil elektrik secara lebih bijak melalui struktur kadar yang fleksibel ini. Setakat ini, lebih 70,000 pelanggan telah berhijrah kepada ToU, mencerminkan peningkatan kesedaran tentang manfaat kawal selia penggunaan elektrik mengikut zon masa.

    Susulan minat yang semakin meningkat terhadap ToU, TNB juga memperluas dan mempercepatkan pemasangan meter pintar di seluruh negara bagi membantu pengguna memperoleh maklumat penggunaan yang lebih tepat dan terperinci. Sehingga kini, sebanyak 5,081,063 meter pintar telah dipasang, sekali gus menunjukkan penerimaan positif terhadap teknologi tenaga moden.

    Rebat AFA beri penjimatan ketara kepada isi rumah

    Selain ToU, pelanggan turut menikmati penjimatan berterusan menerusi Mekanisme Pelarasan Kos Bahan Api Secara Automatik (AFA). Sejak diperkenalkan, mekanisme ini telah memberikan penjimatan kolektif melebihi RM250 juta dalam bil elektrik mereka sekaligus membolehkan pemulangan kos secara serta-merta dan meningkatkan aliran tunai TNB.

    Kemajuan digital & infrastruktur EV terus dipacu

    Kredit: tnb.com.my

    Kebolehcapaian digital kekal sebagai komponen penting strategi TNB. Aplikasi myTNB kini digunakan oleh 7.1 juta pelanggan (70% pelanggan keseluruhan).

    Selari dengan pelan hala tuju EV Kerajaan, peluasan fasiliti pengecasan di seluruh negara terus diperkukuh dengan 5,109 titik pengecas dipasang sehingga September 2025. 

    Sejak awal tahun ini, rangkaian ini telah membekalkan lebih 10 GWh elektrik dan menghasilkan sekitar RM5.1 juta, menandakan pertumbuhan penggunaan serta peningkatan permintaan terhadap infrastruktur EV yang lebih kukuh.

    Menurut Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Datuk Megat Jalaluddin Megat Hassan,

    “Keutamaan TNB sentiasa adalah untuk memastikan pelanggan kami berasa disokong, dimaklumkan dan diperkasa untuk membuat keputusan. Kami akan terus memperkukuh setiap saluran interaksi, merangkumi digital, operasi dan perkhidmatan dengan matlamat tunggal untuk memberikan nilai sebenar dan penjimatan bermakna kepada rakyat.

    “Komitmen kami jelas dan tegas: kami akan terus mengambil setiap langkah yang perlu,
    secara berdisiplin dan bertanggungjawab bagi memenuhi keperluan pelanggan yang semakin
    berkembang serta menambah baik pengalaman tenaga rakyat Malaysia.”

    Prestasi kewangan stabil dengan permintaan yang kukuh

    Kredit:tnb.com.my

    Bagi tempoh sembilan bulan tahun kewangan 2025, TNB mencatat pendapatan sebanyak RM3.2 bilion, sejajar jangkaan pasaran dengan prestasi stabil sepanjang tiga suku pertama. Prestasi yang berdaya tahan ini didorong oleh permintaan elektrik yang kukuh, peningkatan jualan merentas segmen pelanggan utama serta kos kewangan bersih yang lebih rendah.

    MENARIK:  Rindu Kenangan Bersama Atuk: Erwin Dawson Merindui Masa Beraya Bersama Arwah Atuk - 'Tiada Lagi Ramai-Ramai Setelah Kehilangannya'

    Sehingga September 2025, permintaan elektrik terus menunjukkan trend menaik, dengan jumlah jualan mencecah 99,930 GWh, didorong oleh pertumbuhan berterusan dalam segmen komersial.

    Pendapatan TNB turut dipacu oleh keuntungan terjemahan pertukaran asing sebanyak RM350 juta, hasil pengukuhan ringgit daripada RM4.471/USD pada Disember 2024 kepada RM4.215/USD pada September 2025.

    Pergerakan mata wang ini memberi kesan positif kepada kedudukan kewangan TNB dan mengukuhkan kestabilan pendapatan bagi tempoh tersebut.

    Pada suku ketiga sahaja, TNB telah melabur sebanyak RM3.1 bilion untuk inisiatif berkaitan kebolehpercayaan grid sebagai sebahagian daripada perbelanjaan terkumpul tahun semasa berjumlah RM8.3 bilion.

    Usaha ini menunjukkan penambahbaikan nyata apabila Indeks Tempoh Masa Purata Gangguan Sistem (SAIDI) bertambah baik kepada 46.65 minit berbanding 47.62 minit sebelumnya.

    Pelbagai inisiatif CSR untuk kesejahteraan rakyat

    Dari Januari hingga September 2025, TNB kekal komited menyokong komuniti melalui pelbagai program CSR merangkumi:

    • Sokongan Pendidikan (RM96 juta): Bantuan kepada pelajar melalui UNITEN dan Yayasan Tenaga Nasional (YTN) bagi memperkukuhkan pembangunan bakat masa hadapan negara.
    • Bantuan Zakat (RM9.15 juta): Disalurkan kepada lebih 32,000 penerima asnaf untuk tujuan Fisabilillah.
    • Program Khidmat Masyarakat (RM3.81 juta): Bantuan komuniti kepada hampir 100,000 individu termasuk melalui inisiatif Better Brighter Shelter dan Projek Mesra Rakyat.
    • Inisiatif Kesihatan (RM515,800): Bantuan perubatan kepada 2,825 penerima, termasuk sokongan dialisis melalui Yayasan Amal Maaedicare dan bantuan kepada Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia.
    • Bantuan Bencana (RM711,250): Bantuan kecemasan kepada 4,000 individu terjejas akibat banjir, ribut dan kebakaran.
    • Pembangunan Sukan (RM8.3 juta): Sokongan kepada 35,138 atlet dan peminat sukan termasuk program hoki kebangsaan.
    • Pemuliharaan Biodiversiti (RM523,565): Penanaman terumbu karang dan pemulihan ekosistem di Pulau Perhentian, Pulau Redang dan Pulau Tioman.

    Keseluruhan pencapaian ini mencerminkan usaha berterusan TNB dalam memacu inovasi tenaga, memperkukuh kecekapan operasi dan memastikan setiap rakyat mendapat manfaat daripada perkhidmatan yang lebih selamat, stabil dan mampan.

    Dengan hala tuju jelas serta disiplin operasi yang kukuh, TNB berada di landasan yang tepat untuk terus menyumbang kepada ekosistem tenaga Malaysia, hari ini dan untuk generasi akan datang.

    The post Skim Masa Penggunaan (ToU) Terus Memacu Penjimatan Pelanggan Dalam Prestasi Suku Ketiga TNB 2025 first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah