Bulan Ramadan sering dikaitkan dengan kemeriahan berbuka puasa dan persiapan Hari Raya. Namun bagi sesetengah komuniti, terutama golongan kurang bernasib baik, bulan ini juga boleh menjadi masa yang mencabar.
Oleh sebab itu, Sunway sekali lagi meneruskan inisiatif tahunan Sinar Ramadan, sebuah program kebajikan di bawah kempen #SunwayforGood yang bertujuan menyantuni komuniti memerlukan di seluruh negara sepanjang bulan Ramadan.
Sejak diperkenalkan pada tahun 2014, program ini telah memberi manfaat kepada lebih 100,000 individu di Malaysia, melalui sumbangan juadah berbuka puasa, bantuan barangan runcit, hadiah Hari Raya serta pelbagai aktiviti komuniti yang bermakna.
Tahun ini, Sinar Ramadan diteruskan dengan misi yang sama iaitu menyebarkan kegembiraan Ramadan sambil memastikan golongan yang memerlukan terus mendapat sokongan dan perhatian daripada masyarakat.
Program bermula di Johor, fokus kepada komuniti warga emas
View this post on Instagram
Untuk tahun 2026, program Sinar Ramadan dimulakan di Johor Bahru dengan memberi tumpuan kepada kebajikan warga emas di Pusat Jagaan Impian Syimah.
Program ini menghimpunkan 75 warga emas dan penjaga termasuk 23 penghuni yang terlantar serta 35 sukarelawan Sunway dan rakan kerjasama.
Selain menyediakan juadah berbuka puasa, Sunway turut menyalurkan sumbangan barangan runcit selama dua bulan bagi membantu operasi pusat jagaan tersebut.
Para sukarelawan juga meluangkan masa membantu penjaga menjalankan tugas harian seperti menghidangkan makanan, menemani penghuni warga emas serta memberi sokongan kepada pesakit terlantar.
Pendekatan ini memberi penekanan kepada penjagaan yang bermaruah dan penuh empati, selari dengan semangat Ramadan yang menitikberatkan nilai kasih sayang dan kebersamaan.
Majlis tersebut turut dihadiri oleh Pegawai Daerah Johor Bahru, Mohd Masni Wakiman, bersama barisan kepimpinan Sunway iaitu Datin Paduka Sarena Cheah, Timbalan Pengerusi Eksekutif Kumpulan Sunway dan Gerard Soosay, Ketua Pegawai Eksekutif Sunway City Iskandar Puteri.
Aktiviti komuniti meriahkan sambutan Ramadan
Bagi memeriahkan lagi suasana, program ini turut menampilkan aktiviti komuniti yang melibatkan penghuni pusat jagaan, sukarelawan dan tetamu.
Antaranya termasuk sesi memasak bersama penyokong selebriti reben merah Yayasan AIDS Malaysia Mu’adz Dzulkefly dan W.A.R.I.S, termasuk aktiviti mengacau Bubur Asyura yang menjadi simbol perpaduan dan kebersamaan dalam masyarakat.
Selain itu, para penghuni juga menerima Duit Raya, kotak makanan #SunwayforGood dan kek kurma sebagai hadiah istimewa Ramadan,
Program ini turut dilaksanakan dengan sokongan beberapa rakan strategik termasuk:
- Yayasan AIDS Malaysia
- Yayasan Raja Zarith Sofiah Negeri Johor
- Selangor Youth Community (SAY)
- Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia
Kerjasama ini membantu memastikan bantuan dapat disalurkan secara lebih menyeluruh kepada komuniti yang memerlukan.an bantuan dapat disalurkan secara lebih menyeluruh kepada komuniti yang memerlukan.
Sinar Ramadan terus berjelajah ke negeri Perak

Bertempat di Kampung Orang Asli Chadak, Sunway turun padang menyantuni lebih 500 penduduk dengan pelbagai aktiviti bermakna. Bukan sekadar hulur bantuan, program ini turut dimeriahkan dengan aktiviti komuniti termasuk agihan barangan keperluan asas dan sesi berbuka puasa bersama.
Lebih menarik, suasana petang itu cukup meriah dengan gelak tawa kanak-kanak yang turut serta dalam pelbagai permainan sebelum sama-sama menyertai majlis berbuka puasa secara komuniti. Memang terasa semangat Ramadan yang sebenar!
Majlis ini turut diserikan dengan kehadiran Mohammad Nizar Jamaluddin yang mewakili Menteri Besar Perak, selain ketua kampung Leman Pandak.

Turut sama memeriahkan acara ialah barisan kepimpinan Sunway seperti Penasihat Kanan Kumpulan Sunway Tan Sri Razman Hashim dan Presiden Kumpulan Sunway Datuk Anuar Taib.
Menurut Datuk Anuar Taib, inisiatif Sinar Ramadan selari dengan prinsip Sunway iaitu “Doing Well by Doing Good”. Sejak diperkenalkan pada tahun 2014, program ini telah memberi manfaat kepada lebih 100,000 individu di seluruh Malaysia.
Bukan itu sahaja, di bawah payung CSR #SunwayforGood, program ini kini berkembang menjadi usaha berskala nasional melibatkan beberapa negeri seperti Johor, Sabah, Sarawak, Perak, Pulau Pinang dan Selangor.
Sinar Ramadan akan diteruskan ke negeri lain

Melalui siri program ini, Sunway bukan sahaja menyampaikan bantuan asas seperti barangan runcit dan hidangan berbuka puasa, malah turut mewujudkan pengalaman komuniti yang mengeratkan hubungan antara sukarelawan dan penerima bantuan.
Usaha ini selari dengan falsafah Sunway iaitu “Doing well by doing good”, yang menekankan bahawa pembangunan mampan hanya boleh dicapai apabila kesejahteraan masyarakat turut diberi keutamaan.
Untuk penutup program tahun ini, Sunway bakal menganjurkan majlis makan malam Hari Raya di Sunway City Kuala Lumpur yang dijangka memberi manfaat kepada lebih 300 anak yatim dan penjaga mereka.
Majlis tersebut juga dijangka diserikan dengan kehadiran Tengku Permaisuri Norashikin.
Jangan lupa tengok video rasmi Sinar Ramadan
Bagi melihat dengan lebih dekat perjalanan dan kisah di sebalik inisiatif ini, orang ramai boleh menonton video rasmi Sinar Ramadan 2026 oleh Kumpulan Sunway di SINI.
Video tersebut akan memaparkan detik-detik menyentuh hati sepanjang program berlangsung serta kisah komuniti yang menerima manfaat daripada usaha kebajikan ini.
The post Sinar Ramadan 2026 Santuni Warga Emas & Komuniti Rentan Di Seluruh Malaysia first appeared on OHBULAN!.





