31.3 C
Kuala Lumpur
Thursday, November 12, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Simpanan Bijak, Masa Depan Cerah! KWSP Bantu Korang Capai Matlamat Kewangan

    Shopee Sale



    Korang pernah terfikir tak macam mana nak plan kewangan untuk masa depan? Lagi-lagi bila fikir pasal persaraan nanti. 

    Jangan risau! Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) ada solusi yang mudah untuk korang mulakan langkah bijak simpanan dari sekarang.

    KWSP untuk kewangan masa depan yang terjamin

    KWSP memainkan peranan penting untuk membantu rakyat Malaysia merancang simpanan masa depan mereka. Ini bukan simpanan biasa, tapi simpanan jangka panjang yang memastikan kewangan korang lebih stabil bila tiba waktu bersara nanti.

    Lagi awal simpan, lagi banyak faedah jangka panjang yang korang akan nikmati.

    Ada 3 akaun utama yang korang perlu tahu!

    Untuk pengetahuan korang, KWSP ada tiga akaun utama yang menawarkan kelebihan berbeza iaitu:

    Akaun Persaraan: Akaun ini dikhaskan untuk mengumpul dan meningkatkan simpanan persaraan korang. 

    Akaun Sejahtera: Akaun ini merangkumi keperluan pra-persaraan korang di mana korang boleh mengeluarkan sebahagian daripada simpanan ini untuk tujuan tertentu seperti pengeluaran perumahan, pendidikan, kesihatan, perlindungan Insurans/Takaful dan lain-lain.  

    MENARIK:  Elyana Tidak Mahu Berkongsi Perjalanan Kemoterapi, Titip Semangat Jaga Diri – ‘Tiada Lagi Sampai Bila-Bila’

    Akaun Fleksibel: Akaun baharu yang diwujudkan untuk membolehkan korang mengeluarkan simpanan pada bila-bila masa bagi memenuhi keperluan yang mendesak.

    Jadi, setiap akaun ini berfungsi untuk memastikan simpanan korang sentiasa berkembang, mengimbangi  keperluan masa depan untuk persaraan dengan keperluan kewangan jangka pendek, sederhana dan panjang.

    Jangan tunggu lama-lama, daftar akaun KWSP sekarang dan pastikan korang ada simpanan yang terjamin untuk masa depan.

    Nak tahu lebih lanjut? Layari laman web KWSP sekarang untuk segala info yang korang perlukan.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah