Cef selebriti Sid Murshid, mengakui tidak pernah melupakan bidang seni meskipun kini karier dan perniagannya lebih tertumpu kepada kulinari.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Sid Murshid Buat Coklat ‘From Scratch’, Netizen Seloroh Lebih Baik Beli Saja – ‘Hantar Sikit Rajin Tu’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Netizen Terkejut Tengok Rumah Lima Tingkat Sid Murshid – ‘Tengok Dapur Ingat Duduk Kondo, Rupanya Persis Istana’
Masih merindui

Ketika ditemui , pemilik nama Murshid Mahmud, 33, itu memaklumkan sudah tiga tahun menceburi bidang masakan secara profesional, malah ia adalah salah satu impiannya sejak kecil, selain turut meminati cabang seni.
Saya belajar masak dari ibu, pada awalnya hanya memasak untuk keluarga dan kenalan sahaja.
Dari kecil lagi saya nak jadi cef atau pemuzik. Selepas selesai pengajian, saya jadi pemuzik dahulu. Jadi sekarang saya berusaha menjadi cef pula.
Saya rasa tak banyak beza sangat antara kulinari dan seni. Kulinari memang sebuah seni. Bagi saya, nak hasilkan satu juadah itu sama seperti buat lagu, ia ada warna dan rasa.
Lagu kita ‘makan’ menggunakan telinga, makanan pula guna mulut. Jadi sama, cuma cara penyampaian seni itu yang berbeza.
Pelantun lagu Lelah itu juga memberitahu, dia masih merindui untuk berkarya dalam bidang nyanyian, namun tidak dapat merealisasikannya buat masa ini kerana kekangan waktu.
Rindu, memang rindu. Saya nak sangat tulis lagu lagi, tapi masa sangat terhad. Jadi tak sempat nak buat lagu.
Ada juga komposer yang datang kepada saya tetapi untuk sekarang saya tak mampu beri komitmen lagi.
Kalau ada masa nanti, InsyaAllah saya akan buat lagu balik. Tapi buat masa sekarang, saya fokus masakan dan bisnes.
Sid berkata demikian ketika ditemui di program demonstrasi masakan yang berlangsung di Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini.
Kolaborasi istimewa

Dalam perkembangan lain, graduan seni bina ini juga menjalinkan kolaborasi bersama rangkaian restoran terkemuka iaitu Secret Recipe, sempena bulan Ramadan dan Syawal yang bakal tiba.
Sid membawa sentuhan peribadinya menerusi menu Nasi Arab yang diolah mengikut citarasa masyarat di Malaysia.
Sajian ini sangat bermakna buat saya, dan melalui kerjasama ini saya berharap ia dapat mengajak pelanggan untuk meluangkan masa berkualiti serta menjamu selera bersama orang tersayang.
The post Sid Murshid Akui Rindu Bidang Nyanyian, Kini Fokus Pada Masakan – ‘Kulinari Juga Adalah Seni’ first appeared on OHBULAN!.





