Pelakon, Sherry Ibrahim tidak dapat menyembunyikan rasa kecewa apabila sesetengah pihak berterusan mengungkit kisah silamnya yang telah lama berlalu.
Artikel Berkaitan: ‘Itu Bukan Perkahwinan Saya’ – Sherry Ibrahim
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Raihan Kata Dia Rindu Saya’ – Sherry Ibrahim Tak Sangka Jumpa Adik Fattah Amin, Pertemuan Disifatkan Penuh Hikmah
Jangan ungkit

Menerusi muat naik di Instagram, pemilik nama Syarizad Ibrahim, 42, berkata masa lalu bukanlah satu bahan untuk dijadikan senjata untuk menyakiti orang lain.
Luah Sherry, dia sendiri telah berdamai dengan takdir yang ditentukan Allah SWT.
Kalau saya sendiri boleh berdamai dengan masa lalu saya, kenapa masih ada yang tidak mampu lakukan perkara yang sama?
Tolong jangan ungkit kisah lama yang kamu sendiri tidak tahu hujung pangkalnya kerana ia hanya menyakitkan dan menambah kebencian yang tidak perlu.
Jangan lukakan saya semata-mata untuk memuaskan rasa negatif dalam hati.
Kenapa masih nak bangkitkan dan sebarkan cerita lama? Tidak perlulah orang lain menambah dosa dengan memburukkan lagi keadaan.
Tidak semestinya saya belum berkahwin sampai hari ini bermakna saya tidak bahagia.
Saya ulang, kalau saya boleh maafkan dan berdamai dengan masa lalu saya, kenapa ada antara kamu yang masih tidak mampu lakukan perkara yang sama?
Redha

Sementara itu, pelakon drama Teduhan Kasih itu berkata dia kini menyerahkan sepenuhnya perjalanan hidupnya kepada aturan Allah S.W.T.
Saya harap ada antara kamu yang sering membenci tu boleh cuba buka hati untuk tunjuk sedikit empati bukan terus-terusan dengan kebencian.
Hanya Allah S.W.T yang menentukan apa yang terbaik buat saya.
Saya dah redha dan berserah sepenuhnya. Saya juga tak pernah putus doa yang baik-baik untuk semua orang dan sentiasa percaya pada takdir serta perjalanan yang Allah S.W.T aturkan.
Segala-galanya tetap dalam tangan-Nya. Sumpah sedih dan penat.
Sumber: Instagram
The post Sherry Ibrahim Kecewa Kisah Silam Kerap Diungkit – ‘Kalau Saya Dah Redha, Kenapa Ada Yang Tidak Boleh?’ first appeared on OHBULAN!.





